Tak Boleh Nyanyi Solo Puncanya - Azhar

Diterbitkan: Selasa, 19 September 2017 6:10 AM

Azhar mengakui kekok terpaksa menyanyi secara solo pada pertandingan AF Megastar. Foto IBRAHIM MOHTAR

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Azhar memberitahu perasaan kekok mengadakan persembahan solo pada pertandingan AF Megastar Ahad lalu menjadi punca dia gagal memberikan persembahan seperti diharapkan.

Azhar atau Mohd Azhar Osman, 29, berkata, bergelar penyanyi solo bukan mudah kerana jiwanya lebih sesuai beraksi bersama kumpulan atau pasangan duo.

"Rasanya saya gagal menyembunyikan perasaan kekok dan tidak selesa membuat persembahan secara solo dan masih dalam peringkat membiasakan diri.

"Ia jelas terpancar pada persembahan saya dan menyanyi seorang diri di atas pentas bukan jiwa saya kerana sudah terbiasa bersama pasangan duo sebelum ini," katanya.

Adira, Azhar Tak Penuhi Piawaian - Syafinaz

Tinggal kenangan... Azhar bersama Hael Hussaini.

Bekas anggota kumpulan Azhael yang bergandingan dengan Hael Hussaini itu menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert minggu pertama.

Selain Azhar, penyanyi Adira Suhaimi juga turut mengalami nasib serupa.

Sebelum ini Azhar bersama Hael pernah menyertai Akademi Fantasia 2013 dan berjaya bergelar naib juara musim tersebut.

Dalam pada itu, Azhar berkata, dia merancang untuk menubuhkan sebuah kumpulan atau mencari pasangan duo baharu bagi meneruskan karier nyanyiannya pada masa hadapan.

Pun begitu, Azhar tidak mahu terburu-buru kerana dia sedar bukan mudah mencari pasangan sesuai kerana memerlukan harmoni dalam vokal mereka.

Azhar terkilan tidak dapat menyanyikan lagu tradisional.

"Rasanya saya ingin tubuhkan kumpulan kerana di situ jiwa saya dan bukannya sebagai penyanyi solo namun bukanlah mudah mencari ahli atau pasangan duo sesuai.

"Insya-Allah suatu hari nanti saya akan laksanakan impian itu," jelasnya.

Mengulas persembahan pada AF Megastar, Azhar berkata sejak awal dia sudah menjangkakan akan tersingkir kerana melakukan beberapa kesilapan termasuk pemilihan lagu.

"Saya dah duga dan ia kesilapan saya sendiri. Saya rela melangkah keluar daripada melihat rakan-rakan lain yang lebih berbakat tersingkir.

"Cuma saya kecewa tak dapat menyanyikan lagu tradisional pada konsert itu," katanya yang menyampaikan lagu berjudul Dalam Gerimis yang pernah dipopularkan kumpulan Visa.

Tags / Kata Kunci: Azhar , AF Megastar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan