Konsert Dream Theater 2 Oktober Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 2:02 PM

Dream Theater bakal mengegarkan Planery Hall, KLCC pada 2 Oktober depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan rock metal terkenal dari Amerika Syarikat, Dream Theater bakal mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 2 Oktober depan.

Penganjur konsert tersebut IME Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu konsert itu diadakan bersempena dengan ulangtahun ke-25 album Images & Words yang bermula di Rom, Itali pada 30 Januari lalu.

Konsert Dream Theater Live in Kuala Lumpur itu bakal didakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8.30 malam.

Kumpulan itu dijangka akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti Pull Me Under, Another Day, Metropolis Part 1, Under A Glass dan banyak lagi dalam konsert itu nanti.

Dream Theater dibarisi James La Brie (penyanyi), John Petrucci (gitar), John Myung (bass), Jordan Rudess (keyboard) dan Mike Mangini (dram).

Dalam pada itu, album-album Dream Theater sudah terjual lebih 10 juta unit di seluruh dunia selain menerima lima pengkitirafan emas dan platinum daripada RIAA.

Tiket menyaksikan Dream Theater mula dijual.

Kumpulan itu juga pernah memenangi anugerah Metal Madness 2013 dan menewaskan kumpulan-kumpulan lain seperti Megadeth, AC/DC dan Ronnie James Dio.

Album mereka menduduki tempat ke-95 dalam senarai 100 Album Metal Terbaik Sepanjang Zaman oleh majalah Rolling Stone.

Tiket untuk menyaksikan Dream Theater Live in KL berharga RM488 (VIP), RM398 (Cat 1), RM308 (Cat 2), RM238 (Cat 3) dan RM188 (Cat 4 ).

Ia boleh didapati menerusi Ticket di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline 603-92228811.

Peminat Dream Theater juga boleh mendapatkan tiket di cawangan terpilih Speedy Video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang).

Sebelum ini, IMEI Malaysia pernah menganjurkan beberapa konsert artis antarabangsa di Kuala Lumpur seperti Mariah Carey, Michael Buble dan kumpulan K-pop INFINITE.

Tags / Kata Kunci: Dream Theater , KLCC

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan