Neelofa Kongsi Kisah Sejak Kecil Di PBB

Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 6:15 AM

Neelofa teruja menjadi panel Program Belia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Foto Instagram: @noorneelofa.

(Ubah saiz teks)

BUAT pertama kali pelakon Neelofa diundang untuk menjadi panel bagi Program Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat lalu.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 28, berkata acara MiSK United Nations Development Programme (Youth-UNDP forum) berlangsung selama sehari dan selepas itu dia terus terbang ke Milan untuk tugasan kerja pula.

"Pada persidangan program belia tersebut, saya jadi salah salah seorang panel. Saya banyak berkongsi tentang pengalaman dan bagaimana kita nak meraikan kepelbagaian budaya.

"Selesai sahaja program itu, saya terus ke Milan untuk menghadiri acara Swarovski Spring Summer Collection Fashion Show dan makan malam dengan kedutaan," kata Neelofa kepada mStar Online. 

Do you travel to see the world or do you travel so the world can see you? #UNDP #adialoguewithyouth 🌏

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Menurut pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini, slot yang ada pada program tersebut diisi dengan pengalamannya sejak kecil sehingga kini.

"Antara pengalaman yang saya kongsi ketika usia saya 16 tahun pernah tinggal di rumah tumpangan di Jepun untuk 10 hari dan belajar serta menerima budaya mereka.

"Selain itu, saya akan cerita bagaimana saya pernah ambil jurusan perfileman di Los Angeles pada 2013," ujarnya.  

Sebelum itu Neelofa pernah menghadiri kursus persidangan berkenaan selama 16 hari bertempat di New York, Amerika Syarikat, pada pertengahan Ogos lalu.

Malah, pengacara program Meletop ini juga telah dilantik menjadi Duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Tags / Kata Kunci: Neelofa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan