Aishah Azman Tidak Lagi Bersama Fadzil Zahari

Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 6:00 AM

Penarikkan diri Aishah dari syarikat pengurusannya terdahulu bukan kerana ada masalah.

(Ubah saiz teks)

PELAKON baharu Aishah Azman lebih selesa bergerak solo tanpa bernaung bawah mana-mana syarikat pengurusan walaupun kerjayanya baru bertapak.

Aishah, 21, berkata dia baru sahaja membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari syarikat pengurusannya terdahulu milik Fadzil Zahari iaitu suami kepada pelakon Yana Shamsudin, Prokuya Studios. 

"Saya lebih selesa bergerak sendiri tanpa ada orang yang menguruskan aktiviti dan jadual harian saya. 

"Sebelum ini saya adalah artis bawah pengurusan syarikat milik suami pelakon Yana Shamsudin tapi baru-baru ini saya ambil keputusan untuk tarik diri," kata Aishah kepada mStar Online.

Gandingan pertama Aishah dan Ashraf Muslim menerusi drama Cinta Hati Batu. 

Aishah ditemui ketika sesi penggambaran drama Cinta Hati Batu di Kelana Jaya Medical Centre pada Jumaat.

Tambah Aishah, bukan dia seorang sahaja yang menarik diri dari syarikat tersebut tetapi abangnya, Afiq Muiz dan Ardell Aryana turut melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, mereka tidak berkomplot dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan syarikat itu.   

"Bukan saya seorang sahaja yang tarik diri tapi Afiq Muiz dan Ardell juga ambil keputusan yang sama," ujarnya.  

Dalam perkembangan lain, Aishah akui tidak kekok bergandingan dengan pelakon Ashraf Muslim buat kali pertama menerusi drama Cinta Hati Batu.

Aishah tidak kekok disamping Ashraf

Syarat tidak boleh bersentuhan yang ditetapkan Ashraf tidak menjadi penghalang untuk Aishah mempersembahkan lakonan yang terbaik dalam drama itu.

"Apabila tidak dapat bersentuhan, saya menzahirkan emosi melalui dialog dan bahasa badan agar lakonan yang dibawakan sampai kepada hati penonton," katanya

Drama arahan Amor Rizan turut menampilkan barisan pelakon seperti Ardell Aryana, Alif Hadi dan Fazren Rafi. 

Ia akan ditayangkan di slot Lestary TV3 bermula 27 Disember depan.

Tags / Kata Kunci: Aishah Azman , Ashraf Muslim

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan