FFM29: Finas Mansuh Kategori Filem Terbaik Kebangsaan

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 6:00 AM

Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (dua dari kiri) bergambar bersama pelakon Ahmad Idham (kiri), Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob (tengah), Wak Doyok dan Presiden Seniman, Zed Zaidi (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengambil keputusan memansuhkan kategori Filem Terbaik Kebangsaan dan Filem Terbaik Malaysia yang diwujudkan tahun lalu pada Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) kali ini.

Ketua Pengarah Finas, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM29,  Datuk Fauzi Ayob berkata, hanya satu kategori dikekalkan iaitu Filem Terbaik bagi mengangkat dalam nashkah terbaik sebagai pemenang.

"Kami mengambil keputusan untuk memansuhkan kategori itu bagi mengelakkan kontroversi dan semua bertanding diadili menerusi satu kategori sahaja," katanya.

Fauzi ditemui pada sidang media kedua FFM29 yang diadakan di Hotel Park Royal di sini, Selasa.

Turut sama Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Sebanyak 53 filem dipertandingkan pada acara yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 September ini.

Antara barisan artis yang hadir memeriahkan sidang media kedua FFM29.

Tahun lalu, Finas menjadi perhatian apabila  mewujudkan kategori filem dalam Bahasa Malaysia dan bukan dalam Bahasa Malaysia untuk dipertandingkan.

Filem Ola Bola' dan Jagat yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia telah menimbulkan bantahan sebilangan penggiat filem tempatan.

Dalam pada itu, sebanyak 53 buah filem diterima oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk dipertandingkan pada FFM29 tahun ini.

Fauzi berkata, daripada jumlah itu pihaknya menerima 41 buah filem berbahasa Melayu, enam (Mandarin), lima (Tamil) dan selebihnya berbahasa Inggeris.

"Penjurian pula menjalani dua peringkat iaitu pada peringkat awal bermula dari  4 hingga 11 September 2017 dan peringkat kedua pula pada 12 hingga 19 September.

"Bagaimanapun seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, calon lima terbaik hanya akan diumumkan pada malam kemuncak FFM29 nanti," katanya.

Mengikut amalan calon lima terbaik diumumkan lebih awal namun ia diubah pada tahun ini.

Sementara itu, Zizan Razak bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos utama FFM29 bersama tiga pelakon jelita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan dan Thanuja menerusi beberapa segmen.

FFM29 bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 9 malam.

Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) bertindak sebagai rakan promosi bagi acara itu.

Tags / Kata Kunci: FFM , Finas

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan