Fuh! Fazura Jumpa Selena Gomez

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 8:13 AM

Fazura (kiri) sempat bergambar dengan Selena Gomez di Coach House, Manhattan, Amerika Syarikat. Foto Instagram @missfazura

(Ubah saiz teks)

PENYERTAAN pelakon Fazura ke Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat bukan sahaja membawa imej negara namum memberi tuah kepadanya.

Ia apabila Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin dapat berjumpa dengan pelbagai pereka fesyen seluruh dunia dan selebriti antarabangsa.

Paling menarik pertemuannya dengan bintang Hollywood iaitu Selena Gomez.

Gambar dan video pertemuan itu turut dikongsi oleh Fazura menerusi laman Instagram miliknya.

Kedua-dua artis ini sempat berbual.

Dalam perkongsian video itu, kelihatan Fazura dan Selena berpelukan sambil kedua-duanya melagakan pipi.

Kelihatan mereka juga turut bertanya khabar.

Pertemuan itu berlaku di Coach House, Manhattan,  Amerika Syarikat.

Perkongsian gambar itu mendapat lebih 27,000 tanda suka dan kebanyakan peminat mengucapkan tahniah buat Fazura.

Malah rakan artis seperti Fasha Sandha turut meninggalkan komennya pada perkongsian gambar berkenaan.

Minggu fesyen New York diadakan di Basketball City yang bertujuan memberi peluang kepada pereka fesyen mempamirkan koleksi musim panas masing-masing.

Fazura pula mewakili Coach Malaysia bagi acara itu yang berlangsung dari 7 hingga 13 September 2017.

Fazbulous💋X Selena💋X Coach💋#coach #coachmy #coachxselena #FazbulousInNYC 🍎🗽🇺🇸

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Tags / Kata Kunci: Fazura

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan