Ayda Jebat Ambil Keputusan Berehat

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 6:00 AM

Ayda Jebat bakal muncul dengan filem Pinjamkan Hatiku. Foto ROHAIZAT DARUS

(Ubah saiz teks)

SEKIAN lama bekerja, tibalah masanya untuk pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berehat buat seketika daripada dunia lakonan sehingga hujung tahun ini.

Ayda, 25, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi fokus kepada karier nyanyian dan penghasilan album pertamanya.

"Jadual saya penuh dengan penggambaran dan promosi filem, sekarang saya nak fokus kepada karier nyanyian saya pula," katanya.

Ayda ditemui ketika pelancaran filem Pinjamkan Hatiku di The Garden Kuala Lumpur, Selasa.

Filem berkenaan yang diarahkan oleh Osman Ali turut dibintangi pelakon seperti Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

Ayda Jebat mahu fokus kepada karier muzik.

Dalam pada itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata dia hanya akan kembali aktif dalam dunia lakonan awal tahun depan.

"Untuk tahun depan, jadual saya sudah dipenuhi dengan beberapa tawaran lakonan, tetapi buat masa sekarang saya tak boleh kongsikan lagi nama projek berkenaan," katanya.

Bercakap mengenai filem Pinjamkan Hatiku, Ayda selaku teraju utama berkongsi beberapa peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang penggambaran dijalankan.

Menurut Ayda, antara peristiwa itu ialah seorang kru meninggal dunia dalam tempoh penggambaran.

Ayda bergandingan dengan Shaheizy Sam dalam Pinjamkan Hatiku.

Selain itu, dirinya turut mengalami kecederaan di wajah dan kaki akibat terkena rakit.

Bukan itu sahaja, pengarah filem iaitu Osman Ali turut berhadapan peristiwa cemas apabila beliau terjatuh ke dalam air.

"Bayangkan, ada kru yang langsung tidak tahu berenang ketika bot terbalik," ujarnya lagi.

Ayda berkata, peminat harus menonton filem itu bagi menyaksikan sendiri apa yang dia ceritakan.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam bermula 30 November 2017.

Tags / Kata Kunci: Ayda Jebat , Pinjamkan Hatiku

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan