“Marsha... Banyakkan Selawat”

Diterbitkan: Selasa, 12 September 2017 6:30 AM

Marsha bersyukur dikurniakan suami yang sentiasa menyokong perjalanan karier seninya. Foto Instagram: Marsha Milan

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Marsha Milan Londoh memberitahu, penglibatannya dalam AF Megastar adalah atas sokongan penuh suami iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail.

Menurut Marsha, 32, suaminya merupakan individu pertama yang memberikan sokongan agar meneruskan perjuangan dan turut menitipkan satu pesanan setiap kali dia di pentas.

"Suami saya umpama pakar psikologi dan dia yang akan menenangkan saya sebelum persembahan. Dia ingatkan saya sebelum naik pentas banyakkan berselawat dan jangan rasa tertekan.

"Tidak salah kalau saya katakan suami merupakan individu paling banyak membantu menenangkan saya sebelum membuat persembahan," katanya kepada mStar Online.

Marsha merupakan antara 12 peserta yang terpilih menyertai AF Megastar.

Marsha ditemui selepas konsert AF Megastar Homecoming yang diadakan di Royal Theater Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berusia 30 tahun itu pada 31 Disember 2015 di  Georgetown, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Yang Terbaik ini tidak mahu berasa tertekan sepanjang menyertai program realiti tersebut.

Malah, dia menggunakan pengalaman menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini sebagai panduan dalam menghadapi tekanan.

"Saya selalu berpesan kepada diri saya untuk tidak terlalu memikirkan ia satu pertandingan. Saya hanya ingin membuat persembahan yang terbaik dan sentiasa bersedia andai tersingkir.

"Memandangkan saya pernah menyertai pertandingan nyanyian, jadi tekanan itu tidaklah terlalu berat," ujarnya.

Marsha bahagia disisi suami, Mohamed Shaiful.

Sementara itu, Marsha berkata, 12 penyanyi yang terpilih menyertai AF Megastar mempunyai kehebatan dan kekuatan vokal tersendiri.

Baginya semua peserta merupakan pencabar terdekat dan tidak boleh dipandang rendah.

"Semuanya hebat dan ada kekuatan tersendiri, jadi saya tidak mahu memandang mereka sebagai pencabar kerana masing-masing ada kelebihan tersendiri.

"Mereka semua adalah sahabat saya dan kita berkongsi matlamat yang sama dalam industri ini," katanya.

Dalam AF Megastar, Marsha bersaing dengan 11 lagi peserta iaitu Syamel, Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufie, Ewal dan Azhar.

Konsert AF Megastar bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada setiap hari Ahad, 9 malam.

Tags / Kata Kunci: Marsha Milan Londoh , AF Megastar

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan