Nabila Razali Tangguh Pengajian Sarjana

Diterbitkan: Isnin, 11 September 2017 6:10 AM

Nabila Razali menangguhkan pengajian kerana mahu fokus dengan karier lakonan dan nyanyian. Foto: Rohaizad Md Darus / The Star

(Ubah saiz teks)

DEMI mengejar cita-cita bergelar selebriti, penyanyi dan pelakon Nabila Razali membuat keputusan menangguhkan pengajian di peringkat ijazah sarjana.

Menurut Nabila, 25, dia berbuat demikian kerana mahu fokus dengan karier seni yang semakin berkembang.

"Buat masa ini saya menerima banyak tawaran lakonan serta nyanyian dan rasa rugi jika melepaskan peluang yang ada.

"Jadi, saya memilih untuk memberi tumpuan terhadap kerjaya terlebih dahulu dan mungkin akan menyambung semula pengajian tahun depan.

"Keluarga juga menyokong keputusan ini dan mereka tidak kisah jika saya fokus dengan karier seni," katanya kepada mStar Online.

Nabila akan menyambung semula pengajian tahun depan.

Nabila merupakan pelajar ijazah sarjana dalam jurusan seni bina di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, penyanyi lagu Pematah Hati ini memaklumkan dia berhasrat untuk menjadi seorang pensyarah selepas menamatkan pengajian.

Ujarnya, pendidikan itu merupakan satu keutamaan dan berharap dapat menabur bakti kepada anak bangsa.

"Bagi saya, sebagai selebriti kita juga perlu menuntut ilmu, malah usia bukan penghalang untuk kita mencapai kejayaan.

"Selepas menamatkan pengajian kelak, saya ingin menjadi seorang pendidik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabila membawa watak utama dalam drama Matahari Terang Lagi yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Drama 26 episod itu bakal bersiaran di RTM.

Tags / Kata Kunci: Nabila Razali

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan