Mereka Layak Jadi 'Megastar' - Ramli MS

Diterbitkan: Isnin, 11 September 2017 2:40 PM

12 penyanyi layak meneruskan perjuangan di pentas AF Megastar.

(Ubah saiz teks)

KEPUTUSAN yang dibuat oleh pihak juri bagi memilh 12 peserta untuk menyertai AF Megastar  tidak perlu dipersoalkan kerana mereka mempunyai kelebihan masing-masing untuk diangkat sebagai seorang bintang.

Jurinya, Datuk Ramli MS berkata, kesemua perserta itu adalah bagus dan mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam pertandingan tersebut.

"Sejujurnya mereka semua bagus, namun yang terpilih ini mempunyai keupayaan untuk bersaing dan boleh dibawa ke depan. Saya kira ini peluang kedua kepada mereka untuk menyerlahkan semula bakat dan kemampuan mereka dalam bidang nyanyian.

Ramli MS yakin 12 peserta terpilih mampu memberi saingan.

"Selepas ini yang akan membezakan mereka hanyalah kreativiti dan gaya persembahan nyanyian sahaj," katanya kepada mStar Online.

Ramli ditemui pada konsert penentuan bagi memilih peserta yang layak untuk bertanding dalam AF Megastar di Royal Theater Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

12 peserta yang berjaya mara ialah Syamel, Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Ewal dan Azhar.

Sementara 12 lagi yang gagal ialah Adam, Rosma, Faizal Ramly, Anding, Nubhan, Amylia, Faizul Sany, Mila, Aril, Firman, Zahid dan Ara.

Sementara itu seoang lagi juri iaitu Syafinaz mengakui peserta yang dipilih sudah memenuhi kriteria megastar yang dicari.

Penyanyi yang juga guru vokal ini berharap tiada pertikaian mengenai pemilihan peserta kerana mereka telah menunjukkan potensi diri sepanjang bersaing dua minggu di pentas AF Megastar Homecoming.

12 penyanyi bakal berentap dalam konsert mingguan AF Megastar.

"Saya berani kata mereka ini semua memiliki aura sebagai megastar dan menjangkakan satu persaingan hebat akan ditonjolkan dalam persembahan mingguan selepas ini.

"Mereka perlu tunjukkan bakat nyanyian dan serlahkan kemampuan diri kerana ini adalah pentas besar yang mempertaruhkan penyanyi berpengalaman.

"Harapan kami para peserta menggunakan platform ini sebaiknya dan bukan untuk mengejar populariti semata-mata," katanya.

Konsert AF Megastar bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Juara AF Megastar bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi dan hadiah sampingan tajaan penaja.

Ia dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.

Tags / Kata Kunci: Ramli MS , Syafinaz Selamat , AF Megastar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan