Amyra Bakal Lahirkan Bayi Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 9 September 2017 5:01 PM

Amyra dan Amar pada majlis 'baby shower' di Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto M. AZHAR ARIF.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Apakah jantina bayi sulung pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin terjawab apabila mereka mengumumkan bakal menimang bayi lelaki pada penghujung Oktober depan.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 26, berkata usia kandungannya kini sudah memasuki 33 minggu.

“Alhamdulillah, saya akan melahirkan bayi lelaki tidak lama lagi. Kalau nak ikutkan dijangka bayi lahir pada penghujung bulan Oktober.

“Kini kandungan saya  sudah memasuki 33 minggu, tinggal beberapa minggu saja lagi," kata Amyra kepada mStar Online.


Amyra dan Amar tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung mereka. 

Amyra Rosli Sukar Bangun

Amyra dan Amar mengumumkan jantina bayi mereka ketika majlis baby shower yang bertemakan 'barn'  di Happi Kiddo, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Amar berkata dia sangat teruja menantikan saat kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Menurut Amar, 32, dia seronok berkongsi pengalaman ketika isterinya hamil di laman sosial.

“Rasanya semua lelaki berasa teruja seperti saya. Saya suka berkongsi pengalaman Amyra ketika dia hamil di Instagram supaya peminat dapat mengikuti perkembangan kami.

“Tambahan pula Amyra ini tidaklah susah nak dijaga. Dia tak meragam dan mengidam bukan-bukan," ujarnya.

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Amyra Rosli , Amar Baharin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan