“Saya Tak Sempurna” – Siti Saerah Komen Buka Tudung

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 5:51 PM

Siti Saerah membuka tudung kerana enggan dilihat hipokrit.

(Ubah saiz teks)

KEPUTUSAN penyanyi Siti Saerah Tarudin untuk membuka tudung awal tahun lalu membuatkan peminat terkejut dengan tindakannya itu. 

Saerah, 33, berkata dia tidak mahu bersikap hipokrit dan adalah lebih baik dia muncul dengan imej sebenar. 

"Ini kali pertama saya muncul dengan imej sebegini di hadapan media dan rasanya saya perlu tampil tanpa perlu berselindung. 

"Bila saya muncul dengan imej tanpa berhijab begini, saya terima pelbagai komen positif dan negatif, bagaimanapun saya menerima semua komen tersebut dengan hati terbuka. 

"Saya bukanlah manusia yang sempurna cuma harapan saya peminat dapat mendoakan yang terbaik," katanya kepada mStar Online. 

Kawan Lama Kekasih Baharu Siti Saerah

Siti Saerah ditemui pada sidang media Karnival KLxtravaganza yang diadakan di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Sementara itu, Saerah memberitahu dia sudah menemui pengganti yang juga seorang kenalan lamanya setelah tiga tahun bercerai. 

Siti Sarah bersama kekasihnya, Shahidan Johari.

Kata Saerah, dia kembali bertemu dengan Shahidan Johari, 30, sejak tahun lalu sebelum hubungan itu bertukar akrab. 

"Dia (Shahidan) adalah kekasih dan pemangkin semangat saya dan sebenarnya kami sudah mengenali sejak 2009 namun hubungan itu terputus selepas saya berkahwin. 

"Sebagai wanita semestinya saya mahukan seorang lelaki bergelar suami tapi semuanya bergantung pada jodoh dan takdir, lagi cepat lagi bagus," katanya. 

Menerusi perkahwinan bersama Saiful Anuar Ahmad Shafie sebelum ini, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun. 

Dalam perkembangan yang sama, Saerah muncul dengan single baharu berjudul Hanya Restu ciptaan Sharon Paul dan Fedtri Yahya. 

Lagu tersebut merupakan single terbaharu Saerah dan berharap peminat dapat menyokong perjalanan karier seninya. 

"Peminat mahu saya membuat kemunculan semula dan rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kembali semula ke dalam industri. 

"Insya-Allah, 16 September ini saya akan memperdengarkan lagu terbaharu saya ini di Karnival KLxtravaganza yang akan diadakan di Taman Danau Kota," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Saerah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan