Terima Kasih 'Hentam' Rosma

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 6:00 AM

Rosma terima dengan hati terbuka apabila ditegur peminat.

(Ubah saiz teks)

TERUK juga bekas peserta Akademi Fantasia 1 (AF1) iaitu Rosma dihentam oleh peminat gara-gara gambarnya ketika menghadiri konsert AF Megastar pada Sabtu lalu tidak sesuai dengan imej ditampilkan.

Ramai beranggapan sebagai seorang wanita yang mengenakan hijab Rosma tidak sepatutnya muncul dengan pakaian yang menampakkan bentuk tubuh dan tudung pendek serta tidak menutupi bahagian dada.

Rosma ketika dihubungi berkata dia tidak berkecil hati dihentam netizen sebaliknya berterima kasih kepada yang memberi teguran dan menganggap mereka berniat baik.

"Saya terima teguran diberikan kepada saya kerana itu tanda orang sayang pada kita.

"Mereka sebenarnya berniat baik dan tidak mahu melihat saya melakukan perkara buruk yang pada akhirnya merugikan saya.

Rosma akan lebih berhati-hati dalam soal pemakaian pada masa hadapan.

"Saya langsung tak berkecil hati malah gembira ada orang menegur kerana sebagai manusia biasa saya pun kadang-kadang tak perasan kesalahan yang dilakukan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Rosma berkata, dia akan lebih berhati-hati memilih pakaian yang akan digayakan agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Bercakap mengenai penglibatannya dalam program AF Megastar, Rosma berkata, dia sudah bersedia untuk berentap menerusi konsert prelude minggu kedua pada Ahad ini.

Tidak meletakkan harapan tinggi untuk mara ke peringkat seterusnya, Rosma memberitahu sasarannya adalah untuk tampil dengan persembahan yang dapat menggembirakan hati peminatnya.

"Alhamdulillah setakat ini persiapan menjelang konsert sedang dibuat dan saya tidak mahu terlalu fikir banyak.

"Paling penting saya dapat buat persembahan dengan baik untuk peminat dan selebihnya menyerahkan kepada rezeki," ujarnya.

Minggu kedua AF Megastar bakal diadakan di Royal Theater, Shah Alam dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam.

Tags / Kata Kunci: Rosma , AF , AF Megastar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan