Azwan Kombos Tidak Bermaya

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 5:50 AM

Ezzaty dan Azwan Kombos bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada Disember depan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ezzaty Abdullah yang kini hamil enam bulan berkongsi pengalaman alahan semasa awal kehamilan.

Kongsi isteri kepada pelakon, Azwan Kombos ini, suaminya mengalami alahan lebih teruk berbanding dirinya sehingga menyebabkan dia sering tidak bermaya.

"Saya kalau diikutkan alahan biasa sahaja seperti ibu mengandung lain cuma peliknya saya tidak boleh bau sabun.

"Azwan pula alami muntah dan pening malah lebih teruk daripada saya, seperti dia pula yang hamil.

"Tapi kata orang tua jika suami mengalami gejala sama itu tandanya dia seorang suami penyayang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Dalam pada itu, Ezzaty memberitahu masih belum membuat sebarang persiapan menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka yang dijangka dilahirkan pada Disember depan.

Ezzaty akan berehat daripada dunia lakonan sehingga dia selesai menjalani tempoh berpantang.

Katanya, mereka mahu mengetahui jantina anak dikandungkan terlebih dahulu sebelum membeli persiapan dan kelengkapan bayi.

"Buat masa ini jantina anak masih belum diketahui lagi dan kami sepakat nak tahu jantina dulu kemudian barulah boleh membeli barangan yang sesuai," katanya.

Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai tahun lalu pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang.

Dalam pada itu, pasangan pelakon ini tidak kisah mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan kelak.

"Kalau tanya Azwan, dia mahukan anak perempuan tetapi itu sekadar perbualan kosong antara kami.

"Sebaliknya, kami tak kisah anak lelaki atau perempuan, apa yang penting bayi dalam kandungan ini sihat dan selamat," katanya.

Ezzat bergandingan dengan Remy Ishak menerusi filem Kau Takdirku.

Sementara itu, Ezzaty memberitahu dia akan mengambil cuti panjang daripada karier lakonan sehingga dia selesai berpantang kelak.

Katanya lagi, ketika ini dia hanya memenuhi undangan menyajayakan aktiviti promosi filem lakonannya, Kau Takdirku bergandingan bersama Remy Ishak dan Bront Palarae.

Bercakap mengenai filem itu, Ezzaty berkata, ia adalah pengalaman pertama bekerjasama dengan dua pelakon hebat tersebut dan gementar menanti maklum balas penonton.

"Filem ini telah menjalani penggambaran dua tahun yang lalu dan ini adalah filem pertama lakonan saya setelah bergelar artis.

"Sejujurnya, mudah bekerjasama dengan dua pelakon hebat ini dan mereka banyak membantu saya semasa di set penggambaran," ujarnya.

Kau Takdirku arahan Jason Chong bakal menemui penonton di pawagam bermula 7 September (hari ini).

Tags / Kata Kunci: Ezzaty Abdullah , Azwan Kombos , Kau Takdirku

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan