Alicia Amin Berani Berimej Separuh Bogel

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 11:56 AM

Langkah Alicia bergambar dalam keadaan seksi mendapat kritikan.

(Ubah saiz teks)

PESERTA program Asia's Next Top Model (ANTM) musim kelima iaitu Alicia Amin yang beraksi separuh bogel bersedia menerima segala kritikan sejak usianya 16 tahun lagi.

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 22, berkata dia perlu berani untuk berhadapan dengan setiap cabaran terhadap tindakan dilakukannya.

"Sejak berusia 16 tahun saya sudah berhadapan dengan situasi begini ketika memperjuangkan hak wanita dan pandangan peribadi. 

"Kadang-kala industri mengharapkan kesempurnaan, namun kita harus berani mengambil langkah pertama untuk bermula. Sebab itu, saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik dengan apa yang saya miliki," kata Alicia kepada mStar Online.

Salah satu gambar yang mengundang kecaman netizen di laman sosial.  Foto Twitter: @lipstiqdotcom, kredit jurugambar: Maximus Visual Artistry. 

Baru-baru ini, Alicia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dikecam teruk di media sosial gara-gara dia tampil bergambar seolah-olah berbogel.

Bagaimanapun, pelakon drama Meh Sandar Lagi ini meminta netizen untuk melihat kebaikan seseorang dan bukan hanya mencari kesalahan.

Gambar yang diambil pada tahun 2016 yang menjadi tular di media sosial. Foto Instagram: @hangrii. 

"Saya berharap netizen  mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan. 

"Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain. 

"Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain," ujarnya. 

Dalam perkembangan karier seninya, Alicia ingin mengambil kelas lakonan untuk memperbaiki kemahiran dalam bidang tersebut. 

Model Kacukan Melayu-Jerman ini juga mahu mencabar diri dengan menerima lebih banyak watak dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

"Saya berharap dapat mengambil kelas lakonan dan memperbaiki kebolehan dan kemahiran dalam bidang ini. 

"Malah, saya teruja untuk belajar dan menyerap semuanya seperti span. Selagi ada peluang yang datang, saya ingin mencabar diri saya dengan lebih banyak watak sama ada dalam bahasa inggeris atau bahasa Melayu," kata Alicia.

Meh Sandar Lagi  terbitan Zeel Production disiarkan setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam di TV3.

Tags / Kata Kunci: Alicia Amin

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan