Aisyah Aziz Digelar Hayley Williams - Berita Hiburan | mStar

Aisyah Aziz Digelar Hayley Williams

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 3:39 PM

Imej terbaru penyanyi Aisyah Aziz dengan gaya rambut berwarna kuning terang.

(Ubah saiz teks)

WOW... bersilau menatap warna rambut baharu Aishah Aziz.

Gara-gara berimej rambut kuning ini juga, ada netizen mula menggelarkan dirinya sebagai Hayley Williams yang cukup sinonim dengan imej rambut berwarna menyerlah.

Aisyah, 23, mula memuatnaik gambar dengan imej rambut baru di laman Instagramnya pada Selasa lalu dengan keterangan ringkas, new hair who dis #budakyellow.

Pada ketika itu, Aishah turut mengenakan topi, namun gaya rambutnya masih menyerlahkan keanggunannya.

Gaya santai Aisyah dengan imej rambut baru yang dimuatnaik di laman Instagramnya pada Rabu.

@fizaaziz: OMG!!! TERKEJUT UMI, KAK!!

Jelasnya rata-rata netizen memuji keberanian Aisyah tampil dengan imej sebegitu sehingga ada yang mula menggelarkan dia sebagai Hayley Williams!

Sehingga hari ini, ramai masih tertanya-tanya kenapa adik kepada penyanyi Aliff Aziz ini mengambil keputusan untuk mewarnakan rambutnya itu.

Ada yang meramalkan ia mungkin persediaan Aisyah untuk tampil berbeza pada majlis Anugerah Planet Muzik (APM 2017) yang akan berlangsung 14 Oktober depan di Singapura.

Hayley Williams sememangnya terkenal dengan imej rambut berwarna terang.

Menerusi Anugerah itu, Aisyah turut dicalonkan dalam beberapa kategori antaranya Lagu Terbaik Singapura, Duo/Kumpulan Terbaik menerusi lagu Senyum Saja bersama Haikal Ali, Ikon Media Sosial dan Artis Paling Popular Singapura.

Apa komen anda dengan gaya rambut baru Aisyah Aziz ni. Yay or Nay?

Tags / Kata Kunci: Aisyah Aziz
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan