Raf Yaakob Dedah Sikap Mawar Rashid - Berita Hiburan | mStar

Raf Yaakob Dedah Sikap Mawar Rashid

Diterbitkan: Isnin, 4 September 2017 12:00 PM

Mawar dan Raf mengikat tali pertunangan pada 7 Julai dalam majlis tertutup. Foto Instagram: @rafyaakob.

(Ubah saiz teks)

PESAN orang tua, dalam tempoh pertunangan ini ada macam-macam dugaan dan setiap pasangan perlu kuat dalam menempuh 'perjalanan' ini sebelum ke jenjang pelamin.

Tapi berlainan pula dengan Raf Yaakob kerana dugaannya sedikit berbeza apabila tunangnya yang juga aktres, Mawar Rashid seorang yang manja dan sikapnya itu membuatkan dia berasa bahagia!

Walaupun dikritik oleh pengikutnya di Instagram kerana layanan istimewanya terhadap Mawar, namun adik kepada penyanyi dan chef, Datuk Fazley Yaakob ini mengakui bukan susah melayan karenah bakal isterinya itu.

"Ada baca beberapa komen yang mengatakan 'sekejap saja dia layan Mawar macam tu, acah-acah romantik je tu, dah kahwin nanti berubah'.

"Jujurnya, bukan susah untuk saya layan tunang macam itu. Alhamdulillah, dia sangat bagus dan manja dengan saya. 

Raf mendedahkan sikap sebenar Mawar di Instagramnya dan mendapat perhatian ramai. 

"Dia jujur, baik hati, penyayang dan paling penting, dia buat saya bahagia," katanya.

Dalam entri sama, Raf turut menasihatkan wanita lain agar bersikap lembut dengan pasangan masing-masing kerana lelaki akan melakukan perkara sama.

"Sayang awak, wanita saya @mawarashid. Kepada para gadis, apabila awak berlembut dengan pasangan, cakap tak kasar, hormat pada dia, Insya-Allah pasangan akan 10 kali ganda lagi lembut melayan anda.

"Selalunya lelaki seperti itu, mereka sukakan kelembutan daripada wanita dan apabila pasangan dah lembut macam tu, jangan pula kita ambil kesempatan dan 'naik kepala'. 

"Dalam Al-Quran dah cakap, kita harus berbuat baik dan memuliakan kaum wanita. Jadi, it takes two to tango. Harus ada kesungguhan daripada kedua pihak kan?" ujarnya. 

Sementara itu, Raf juga memberitahu segala persiapan perkahwinan mereka kini berjalan dengan lancar dan akan berkongsi mengenainya apabila sudah bersedia.

"Alhamdulillah persiapan perkahwinan kami berjalan dengan lancar. #MawaRaf akan berkongsi tarikh bila kami bersedia. 

"Doakan semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Amin," katanya. 

Terdahulu pasangan ini melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 Julai lalu.

Tags / Kata Kunci: Raf Yaakob , Mawar Rashid
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan