Azrel Ismail Jawab Gosip Kahwin Tahun Ini

Diterbitkan: Isnin, 4 September 2017 6:20 AM

Azrel Ismail menafikan khabar angin mengatakan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.

(Ubah saiz teks)

SEBELUM ini timbul khabar angin yang mengatakan pelakon Azrel Ismail bakal menamatkan zaman bujang dalam tahun ini.

Namun ketika ditanya soal itu, Azrel, 32, terkejut dan menjelaskan dia tidak meletakkan sasaran waktu untuk mendirikan rumah tangga seperti diperkatakan sesetengah pihak.

"Saya pun tak tahu macam mana boleh timbul cerita mengatakan saya nak berkahwin tahun ini, sedangkan saya sendiri tidak pernah meletakkan sasaran waktu untuk menamatkan zaman bujang.

Azrel tidak tertekan dengan pertanyaan mengenai perkahwinan.

"Cuma apa yang boleh saya kata, tiada perancangan perkahwinan dalam masa terdekat," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, pelakon drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ini turut mengakui mempunyai beberapa calon wanita untuk dijadikan isteri.

Namun jejaka berasal dari Taiping, Perak ini menjelaskan ia masih dalam proses mengenali wanita yang benar-benar sesuai serta memenuhi kriteria yang dicari.

"Sejujurnya calon itu ada, cumanya kita kena kenal dulu, selidik dan memilih yang terbaik sebelum dijadikan teman hidup.

"Soal kahwin ini bukan main-main, kalau semuanya dah stabil baru boleh difikirkan kerana buat masa ini keluarga menjadi keutamaan saya," katanya.

Tambah Azrel lagi, dia tidak tertekan dengan pertanyaan peminat mengenai soal perkahwinan.

Malah menyedari hakikat sebagai selebriti kisah peribadinya sentiasa mendapat perhatian ramai pihak.

Azrel mahu fokus dengan kerjaya lakonan dan keluarga terlebih dahulu.

"Saya tak mahu tertekan dengan pertanyaan tentang jodoh dan jika benar saya sudah bersedia untuk berkahwin saya akan maklumkan kepada semua orang.

"Sekarang ini saya hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan kalau jodoh sudah tiba baru saya kahwin," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Azrel Ismail

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan