Jaclyn Victor Buat Persembahan Ketika Luka Bersalin Belum Sembuh

Diterbitkan: Khamis, 31 Ogos 2017 12:51 PM

Jaclyn Victor selamat melahirkan bayi keduanya pada 24 Ogos lalu. Foto Instagram @jaclynvictor

(Ubah saiz teks)

DIKEMAS KINI

PENYANYI Jaclyn Victor memilih bersalin lebih awal menerusi pembedahan pada 24 Ogos lalu kerana ingin mengotakan janji bagi mengadakan persembahan pada majlis penutup Sukan SEA 2017 (KL2017) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Sabtu.

Jaclyn ketika dihubungi berkata walaupun luka pembedahannya masih belum sembuh sepenuhnya namun dia tetap bersemangat untuk sama-sama memeriahkan acara bersejarah itu.

"Saya sepatutnya dijangka bersalin pada 29 Ogos lalu tetapi saya dan suami mengambil keputusan untuk awalkan kelahirannya kerana ingin mengotakan janji kepada Sukan SEA yang telah dipersetujui lebih awal.

"Pada awalnya risau juga perlu menyanyi dalam keadaan luka pembedahan masih belum sembuh sepenuhnya tetapi saya memang sudah bersedia dan doktor pun memberikan kebenaran cuma minta saya berhati-hati.

"Sebaik sahaja bersalin saya memang berehat secukupnya sebelum malam persembahan dan syukur semuanya berjalan dengan lancar," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Jaclyn mengejutkan peminat apabila mendedahkan dia selamat melahirkan bayi keduanya seminggu lalu di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gemilang itu berkata, walaupun masih dalam tempoh berpantang namun dia berbangga dapat menjadi sebahagian daripada acara itu.

Malah katanya, sebagai anak Malaysia dia teruja dapat memberi sedikit sumbangan menghiburkan hadirin pada temasya itu.

"Saya sudah memberikan yang terbaik pada persembahan itu dan sebagai anak Malaysia saya memang cukup berbangga dapat sama-sama menyertai acara gilang-gemilang itu," katanya.

Pada acara itu, Jaclyn tampil menyanyikan lagu duet bersama Vince Chong iaitu Together We Rise selain Gemilang.

Jaclyn turut berkongsi pentas dengan Amy Search dan Black Hanafiah pada penutup Sukan SEA 2017.

Menjelaskan tindakan merahsiakan kehamilan keduanya itu, Jaclyn berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu dilayan secara berbeza yang akan menyebabkan karier nyanyiannya terganggu sekiranya dia mendedahkan perkara itu.

"Saya memang seorang yang privasi sejak dari dahulu lagi malah ketika mengandungkan anak pertama pun saya tidak dedahkan sehinggalah kandungan saya mencecah usia enam bulan.

"Selalunya apabila orang tahu kita hamil layanan itu akan berbeza walaupun saya sebenarnya ok sahaja malah lincah seperti biasa.

"Ia sekaligus akan menggangu kerja saya tambahan pula sudah banyak undangan persembahan yang saya persetujui lebih awal dan ingin mengelakkan masalah," jelasnya.

Jaclyn kini memberi fokus kepada proses berpantang dan menjaga anak-anak.

Bercakap lanjut mengenai anak perempuannya, Jaclyn berkata, dia pada awalnya menyangkakan dia akan mendapat anak lelaki namun teruja apabila diberitahu sebaliknya.

Kata Jaclyn, sepanjang kehamilannya juga dia berada dalam kedaan baik dan bayinya itu tidak banyak meragam dan senang diuruskan.

"Saya ada tiga orang abang dan saya satu-satunya perempuan dalam keluarga jadi saya memang menyangka akan dapat seorang lagi anak lelaki.

"Memang saya sangat gembira dapat tahu hamil anak perempuan dan paling penting dia lahir pada tarikh sama dengan abangnya," ujarnya yang memberi nama Molly Marguerite Rivera kepada bayinya itu.

Jac, 38, berkahwin dengan bintang R&B Amerika Syarikat, Shawn Rivera, 43, pada 19 Julai 2014 di The First Unitarian Church of Philadelphia yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Tags / Kata Kunci: Jaclyn Victor , Sukan SEA 2017 , SEA 2017 , KL2017

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan