“Kami Bercinta Pun Tak” – Ardell Aryana

Diterbitkan: Selasa, 29 Ogos 2017 6:00 AM

Ardell hanya menganggap Afiq Muiz sebagai kawan selebriti sahaja. Foto Instagram @ardellaryana

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ardell Aryana menyangkal dakwaan dia akan berkahwin dengan pelakon Afiq Muiz pada Oktober depan.

Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 27, berkata dia terkejut dengan gosip tersebut memandangkan mereka hanya berkawan sahaja. 

"Memang tak logik kalau saya nak kahwin dalam masa terdekat. Saya terkejut bila ramai yang bertanya betul ke nak kahwin dengan Afiq. 

"Sedangkan kami bercinta pun tidak. Memang kami ada bekerjasama dalam sebuah drama tapi  babak berdua tidak banyak. 

"Saya terkejut macam mana gosip boleh timbul. Saya kawan dengan dia pun sama seperti pelakon-pelakon yang lain," kata Ardell ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. 

Ardell kini lebih selesa solo dan hanya fokus pada bidang seni.

Menerusi sebuah portal hiburan, Ardell dan Afiq dikatakan sedang bercinta dan hubungan mereka sudah memasuki fasa yang lebih serius.

Malah menurut artikel itu juga, dua pelakon ini bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober depan. 

Ardell juga dikatakan turut ada menemani Afiq pada pelancaran treler filem terbarunya, I Am Not Terrorist. 

Namun kata Ardell, dia tidak pernah mengikut pelakon lelaki tersebut ke mana-mana acara hiburan.

"Saya tak pernah ikut atau teman Afiq ke mana-mana acara hiburan. Apa tah lagi ke pelancaran filem lakonannya itu.

Afiq Muiz.

"Pada hari majlis tersebut, saya sibuk menjalani penggambaran drama Cinta Maya," ujarnya. 

Dalam pada itu, Ardell belum memikirkan soal kahwin dan hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang seni. 

Kata Ardell, dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama Cinta Hati Batu dan tidak sabar menantikan filem terbaharu lakonannya, Kolestrol Vs Cinta yang akan ditayangkan pada 14 September depan. 

"Buat masa ini saya tak terfikir lagi bab kahwin dan bercinta. Jika satu hari nanti saya dah jumpa jodoh, mesti akan kongsi dengan semua. 

"Sekarang saya sibuk dengan penggambaran drama dan sibuk dengan promosi filem lakonan saya akan ditayangkan tidak lama lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ardell Aryana , Afiq Muiz

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan