Safawi Buat Wani Kayrie Minat Bola Sepak

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 3:00 PM

Wani dan Safawi mula berkawan sejak sebulan yang lalu.

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN penyanyi Wani Kayrie memuat naik gambar bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid pada Sabtu lalu mengundang pelbagai spekulasi termasuk mendakwa kedua personaliti itu sedang bercinta.

Wani ketika dihubungi mStar Online bagaimanapun mengakui sedang berkawan dengan Safawi sejak sebulan yang lalu selepas berkenalan menerusi Instagram.

"Jujurnya saya tidak kenal siapa Safawi Rasid kerana tidak meminati sukan bola sepak.

"Kata Safawi dia mengenali saya sejak 2015 dan pernah beberapa kali menghantar mesej di Instagram saya.

"Selepas tengok fotonya barulah saya tahu dia salah seorang pemain bola sepak pasukan JDT," katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Foto Wani dan Safawi menarik perhatian pengikutnya di Instagram. 

Dalam pada itu, Wani berkata, sejak mengenali jejaka berusia 20 tahun itu minatnya terhadap sukan bola sepak mula berkembang selepas diperkenalkan oleh Safawi.

Malah kata penyanyi lagu Jangan Jangan ini, perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Indonesia pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (SEA2017) Sabtu lalu adalah pengalaman pertamanya menyaksikan acara sukan bola sepak di stadium.

"Terus-terang saya tak tengok bola sepak tapi sejak mengenali Safawi barulah saya ada minat hendak menonton.

"Tapi bukanlah sebab dia semata-mata. Baru saya tahu seronok juga tengok bola sepak ini.

"Buat pertama kali saya pergi stadium untuk menyaksikan perlawanan bola separuh akhir pada Sabtu lalu dan ia satu pengalaman baharu," ujarnya.

Sementara itu, Wani meluahkan rasa sedih apabila ada netizen menuduh dia berkawan dengan penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia itu hanya untuk menumpang popularitinya semata-mata. 

"Saya sedih bila baca komen yang mengatakan saya mahu tumpang populariti dan ambil kesempatan terhadap Safawi. 

"Sedangkan saya nak berkawan bukan sebab dia pemain bola sepak terkenal," katanya.

Tags / Kata Kunci: Wani Kayrie , Safawi Rasid

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan