Jangan Tamak Kata Johan

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 6:05 AM

Johan bersama rakan pelakon filem televisyen #TerobekRaya.

(Ubah saiz teks)

PELAWAK dan penyampai radio, Johan memberitahu antara sebab dia mengambil keputusan menerbitkan filem televisyen berjudul #TerobekRaya adalah kerana ingin berkongsi rezeki dengan rakan artis dan kru produksi.

Kata Johan, pengalaman dalam bidang hiburan sebelum ini membuka matanya kerana tidak ramai bernasib baik terutamanya kru produksi.

"Apabila saya buat projek ini memang saya panggil rakan-rakan artis dan kru produksi yang saya kenal kerana ingin berkongsi rezeki dengan mereka.

Johan.

"Saya juga tidak minta harga 'kawan-kawan' dan membayar dengan harga sepatutnya kerana kesemuanya bekerja keras menjayakan filem televisyen ini.

"Pada saya buat apa hendak tamak dan Alhamdulillah ada diberikan rezeki lebih sedikit saya kongsi dengan rakan-rakan," katanya.

Johan ditemui pada pelancaran #TerobekRaya yang diadakan baru-baru ini.

Ia menampilkan Johan dan isteri, Ozlynn Wati sebagai pelakon dan penerbit selain membariskan pelakon seperti Azhan Rani, Sherry Alhadad, Marsha, Beto Kusyairi, Ani Maiyuni, Zizan Nin, Tauke dan Kazar.

#TerobekRaya sedang ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif (480).

Dalam pada itu, Johan berkata, dia bersyukur kerana akhirnya idea untuk menghasilkan sebuah filem tanpa skrip berhasil.

Kata Johan, dia bertuah apabila dikelilingi oleh barisan pelakon yang berkaliber walaupun ada di antara mereka bukan pelawak namun masih mampu melakukan improvisasi dengan baik.

"Filem ini memang tidak ada skrip cuma saya berikan situasi sesuatu babak dan semua pelakon akan menjayakannya secara spontan.

"Pada awalnya saya bimbang juga dengan idea ini tetapi Alhamdulillah semua barisan pelakon terlibat yang telah memungkinkan #TerobekRaya dihasilkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Johan , #TerobekRaya

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan