Wangian Harris Alif

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 6:00 AM

Harris Alif tidak mahu mensia-siakan peluang bergelar seorang usahawan muda sementara namanya masih relevan di dalam industri. Foto IBRAHIM MOHTAR

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Harris Alif melangkah setapak dalam perniagaan apabila dia kini mengeluarkan jenama wangian sendiri selepas pernah melancarkan pomade (minyak rambut) bawah namanya beberapa tahun lalu.

Harris, 18, berkata, hasrat untuk mengeluarkan wangian sendiri sudah lama dipendam tambahan pula dia suka mengumpul wangian pelbagai jenama.

"Sebetulnya saya kalau dengan wangian sejak dulu memang tidak dapat dipisahkan dan hari ini ia bagai satu mimpi apabila saya diberi peluang memilih sendiri aroma untuk dikeluarkan secara eksklusif.

"Wangian Rhythm by Harris Alif amat sesuai bagi mereka yang tidak gemarkan bau terlalu kuat atau terlalu lembut namun harumannya segar dan mampu bertahan melebihi lapan jam kerana ia adalah dari koleksi EDP," katanya kepada mStar Online.

Harris bersama wangian Rhythm By Harris Alif.

Harris ditemui pada majlis pelancaran Wangian by Harris Alif di Talent Lounge, Damansara pada Sabtu lalu.

Pada acara itu, Haris turut diraikan bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-18.

Tambah Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, dia tidak mengambil masa lama untuk memilih aroma tersebut kerana bauan dipilih lebih bersifat universal dan yakin penggemar wangian akan menyukai baunya.

"Kelebihan koleksi wangian Legend Aroma Parfum memang banyak di mana selain bebas alkohol dan mesra solat, baunya setanding dengan jenama antarabangsa dan mudah di bawa ke mana-mana kerana ia bersifat 'pocket' parfum," katanya.

Harris menyimpan hasrat untuk bergelar usahawan berjaya suatu hari nanti.

Berkongsi tentang kerjaya seninya pula, kata bekas juara Idola Kecil 3 ini lagi, selain terlibat dalam siri terbaru Oh My English, dia kini turut diberi kepercayaan oleh beberapa setesen televisyen mengacara beberapa program berbentuk travelog.

Malah dia kini dalam perancangan untuk melancarkan single terbaharunya tidak lama lagi selepas dua lagunya, Kisah Yang Terindah dan Akulah Pelindungmu mendapat sambutan pendengar.

Tags / Kata Kunci: Harris Alif

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan