Kontroversi Tak Jejas 'Periuk Nasi' Afifah Nasir

Diterbitkan: Ahad, 27 Ogos 2017 6:20 AM

Afifah Nasir lebih berhati-hati dan tidak lagi mudah mempercayai orang disekelilingnya selepas namanya terpalit dengan kontroversi. Foto Instagram @afifahnasir93

(Ubah saiz teks)

KONTROVERSI yang melanda pelakon Afifah Nasir tidak pernah melenturkan semangat yang ada dalam dirinya bagi meneruskan karier sebagai anak seni.

Kata Afifah, dia enggan menoleh ke belakang mengenang kejadian yang berlaku sebaliknya berazam untuk sentiasa bersikap positif.

Malah adik kepada aktres Anzalna Nasir ini memberitahu kontroversi itu juga telah mematangkan dirinya selain mengajar dia agar tidak mudah mempercayai orang sekeliling.

"Kehidupan kena diteruskan dan Alhamdulillah apa yang berlaku tidak mematahkan semangat saya.

"Cuma saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk saya agar tidak lagi terpalit dengan kontroversi.

Afifah memberitahu kontroversi tidak menjejaskan karier seninya.

"Saya semakin matang dan kejadian itu juga banyak mengajar saya agar tidak mudah mempercayai orang disekeliling kita," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Afifah, itu tidak bererti dia akan mengasingkan diri daripada semua orang kerana bimbang terpalit dengan kontroversi sebaliknya membataskan pergaulan agar tidak timbul masalah.

"Takkan orang baik, kita hendak buat sombong pulakan? Apabila saya kata tidak mahu percaya orang sekeliling bukanlah bererti saya mengasingkan dan menyendiri.

"Saya tetap seperti biasa cuma lebih berhati-hati kerana kita tidak tahu niat orang ini macam mana," katanya.

Dalam pada itu, Afifah berkata, dia bersyukur rezeki dalam bidang seni tidak terjejas dan memberitahu tawaran berlakon masih ada.

Afifah memberitahu kagum dengan Fasha Sandha dan aktres terkenal itu banyak memberinya kata-kata positif.

Malah katanya, dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri 70 episod iaitu Syurga Yang Kedua disamping Fasha Sandha, Zarul Husin dan Siti Elizad.

"Alhamdulillah karier berjalan seperti biasa dan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Syurga Yang Kedua.

"Seronok bekerja dengan nama-nama besar dalam projek ini kerana barisan pelakon seperti Fasha banyak beri kata-kata semanga dan positif," ujarnya.

Dunia hiburan sebelum ini dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Afifah Nasir , Aliff Aziz

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan