“Tak Kuasa Nak Disanjung” - Farahdhiya

Diterbitkan: Sabtu, 26 Ogos 2017 6:01 AM

Farahdhiya mahu kemunculannya lebih dilihat eksklusif selari dengan kematangan usianya di dalam industri hiburan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Farahdhiya memberitahu dengan pengalaman selama 13 tahun bergelar anak seni, kini bukanlah waktunya dia perlu menjaja dan melobi diri untuk meraih sebarang publisiti.

Malah kata Farah, 33, pada satu tahap dia lebih rela orang tidak mengenalinya jika keluar ke mana-mana kerana pengalaman berasak-asak dengan peminat sudah dilaluinya suatu ketika dahulu.

"Entahlah, dalam usia dan pengalaman yang saya lalui sebagai artis rasa macam dah tak kuasa nak disanjung-sanjung. Lebih baik orang tak kenal saya bila saya keluar ke mana-mana.

"Tapi kalau ditegur, saya tiada masalah nak melayan dan tetap menghargai setiap sapaan yang diberi dengan mesra," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu kata Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin ini lagi, sekarang mungkin waktunya dia perlu memikirkan soal dan nilai-nilai eksklusif tanpa perlu kerap menonjolkan diri di mana-mana majlis tanpa sebab.

Farahdhiya akui lagu Bertakhta Di Hati banyak berjasa dalam memperkenalkan namanya selama 13 tahun di dalam industri.

Katanya, biarlah penyanyi-penyanyi baru sekarang pula merasai 'keseronokan' menempa nama di saat mereka perlu bersaing antara satu sama lain.

Di satu sisi kata penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini lagi, dia kagum bagaimana cara artis seangakatannya iaitu Dayang Nurfaizah membawa diri sekali gus meletakkan nama sehingga dilihat cukup eksklusif.

"Jarang kita tengok Dayang keluar kat mana-mana namun nilai dia mahal dan eksklusif untuk persembahan korperat dan kalau boleh saya nak jadi seperti itu," katanya.

Sementara itu, Farah turut memberitahu dia tidak pernah kisah dirinya hanya dikenali dengan sebuah lagu sahaja.

Malah katanya, selagi lagu Bertakhta Di Hati masih diterima peminat, itu membuktikan dirinya masih tetap relevan untuk berada di dalam industri seni hiburan.

"Tidak saya nafikan lagu Bertakhta Di Hati banyak berjasa dalam kerjaya nyanyian saya dan saya harus akui ia adalah satu-satunya lagu yang benar-benar melekat di jiwa peminat.

"Lebih membanggakan, saya turut diberitahu lagu tersebut sentiasa berada dalam carta lagu pilihan di pusat-pusat karaoke dan pada saya itu adalah satu pencapaian bila mana generasi baru yang bukan sezaman dengan lagu itu turut tahu menyanyikannya," kata Farah

Tags / Kata Kunci: Farahdhiya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan