Kenyataan Jais Tepat, Adil - Hafiz Hamidun

Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 4:02 PM

Hafiz minta tunggu keputusan mahkamah pada 14 September nanti.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Hafiz Hamidun menganggap kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Khamis berhubung kemelut yang membadai bahtera perkahwinannya dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa sebagai tepat dan adil.

Hafiz, 33, menerusi laman Twitter memberitahu dia mengambil keputusan untuk mengasingkan diri selagi masalah ini belum selesai bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.

"Kenyataan yang sangat adil dan tepat untuk kes ini, sekarang sedang menunggu keputusan pembubaran nikah yang difailkan Joy pada 14 September.

"Jais memberi kelulusan saya dan Joy bernikah pada 1 Mei lalu, namun kegagalan Joy menyerahkan surat cerai menyebabkan saya perlu mengasingkan diri," ujarnya.

Hafiz memberi reaksi susulan kenyataan jabatan agama yang membenarkan pernikahan itu selepas bekas suami Joy iaitu Datuk Mohd Rayos Abdul Rahim mengemukakan surat akuan bercerai pada 2015.

Pasangan ini bernikah pada 1 Mei lalu.

Menerusi laporan sebuah portal berita itu, Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim berkata, isu itu hanya timbul apabila Mohd Rayos gagal mengemukakan sijil perceraian dari pejabat agama Islam di Songkhla, Thailand iaitu lokasi di mana mereka bernikah.

Joy telah ke Songkhla untuk menguruskan perkara berkenaan, namun gagal kerana ia seharusnya dimohon oleh bekas suami.

Akibat ketiadaan sijil perceraian itu Joy terpaksa membuat permohonan taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu 13 Julai lalu.

Disamakan Seperti Pelacur, Joy Revfa Minta Hentikan Hinaan

Bagaimanapun, jika bekas suaminya mendaftarkan perceraian berkenaan, tarikhnya mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.

Dalam pada itu, Hafiz menambah kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pekara tersebut secara dalaman, namun diingkari Joy apabila membuat sidang media.

"Isu ini sebenarnya telah setuju dua-dua pihak untuk diselesaikan secara dalaman dan senyap saja. Tapi pihak Joy telah membuat sidang media. Saya mengambil keputusan mengasingkan diri dan tak tinggal sebumbung selagi masalah ini belum selesai. Semua demi mengikut syariat Islam.

"Saya tak mahu persoalkan kenapa. Tapi itulah yang jadi, Joy yang failkan pembubaran pernikahan. Kita tunggu keputusan mahkamah," ujarnya.

Hafiz berasa ragu-ragu terhadap perkahwinan berkenaan selepas Joy gagal memberi sijil nikah.

Joy telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada 18 Ogos lalu.

Permohonan tersebut dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah dan enggan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Tags / Kata Kunci: Hafiz Hamidun , Joy Revfa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan