Mana Farid...? Ini Jawapan Diana Danielle

Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 6:10 AM

Diana lebih selesa bersikap 'low profile' dalam memaparkan kebahagian bersama suami di laman sosial. Foto YAP CHEE HONG

(Ubah saiz teks)

PELAKON Diana Danielle tidak melihat tindakannya yang jarang memuat naik gambar bersama suami, Farid Kamil di Instagram sebagai satu isu yang perlu diperbesarkan.

Sebaliknya kata Diana, dia sebenarnya selesa bersikap tertutup apabila bercerita tentang rumah tangganya kerana 'masak' dengan segelintir netizen yang kurang senang melihat kebahagian mereka.

"Sebenarnya kalau hendak diikutkan sejak zaman bercinta lagi kami memang jarang berkongsi gambar bersama jadi tiada isu perlu dibangkitkan mengenai hal itu.

"Tambahan pula kami sudah faham dengan sikap segelintir netizen yang sentiasa ada pelbagai idea untuk mengecam dan menjatuhkan.

"Jadi adalah lebih baik bersikap low profile sahaja," katanya kepada mStar Online.

Diana juga kesal ada segelintir netizen gemar menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia mengakui adakalanya kecewa dengan sikap sesetengah pengikut di laman sosial yang gemar meghukum tanpa mengetahui cerita sebenar.

"Harus diingat apa yang anda lihat di Instagram bukanlah penjelasan sebenar kerana tidak semua perkara saya kongsikan di laman sosial.

"Pada saya cukuplah kebahagian itu hanya saya dan suami sahaja yang tahu, penat juga hendak tunjuk-tunjuk...," katanya.

Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 4, dan Nur Aurora yang kini berusia dua tahun.

Dalam pada itu, Diana ketika ditanya tentang perancangan menambah bilangan cahaya mata dalam waktu terdekat bagaimanapun tidak terburu-buru ke arah itu.

Diana tampil dengan single terbaharu, Terbaik.

Malah kata Diana, Farid juga tidak mendesaknya untuk hamil namun seandainya diberi rezeki, dia merancang untuk mendapatkan cahaya mata apabila usianya menjengah 30 tahun.

"Anak sulung saya iaitu Muhammad ada juga bertanya tentang adik tetapi saya kata tunggu Aurora besar terlebih dahulu.

"Pada saya cukuplah dengan hanya tiga anak yang akan menyempurnakan kehidupan kami sekeluarga," ujarnya.

Bercakap mengenai anak-anak, Diana berkata, dia gemar membawa mereka ke tempat kerjayanya kerana ingin memberi pendedahan bagaimana dia mencari rezeki.

"Setidak-tidaknya mereka dapat pendedahan dan tahu baik buruk bergelar anak seni seandainya mereka berhasrat untuk menjadi seorang pelakon suatu hari nanti.

"Tapi sebagai ibu kalau boleh saya nak mereka bergelar doktor atau peguam, bukannya artis," kata Diana.

Dalam perkembangan lain, Diana berkata dia kini sedang dalam rangka promosi lagu duet bersama A-OK yang berjudul Terbaik.

Lagu tersebut kini sudah mula boleh didengar di YouTube.

Tags / Kata Kunci: Farid Kamil , Diana Danielle , Terbaik

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan