“Tiada Yang Berani Dekati Johan” - Ozlynn Wati

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 6:05 AM

Ozlyn Wati mengamalkan sikap saling percaya mempercayai dalam rumah tangga. FOTO: Sam Tham.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ozlynn Wati memberitahu kunci kebahagian rumah tangganya dengan penyampai radio Era FM iaitu Johan ialah kepercayaan terhadap pasangan. 

Malah kata Ozlynn dia bersyukur sepanjang lapan tahun perkahwinan, tidak pernah timbul isu ada pihak cuba mengugat rumah tangga yang dibina. 

"Jujurnya memang tidak ada yang mendekati pun... cubalah kalau berani! 

"Sebenarnya saya dan Johan saling memegang kepercayaan dalam hubungan kami dan rasanya itulah rahsia kepada rumah tangga harmoni," katanya kepada mStar Online. 

Ozlynn ditemui pada pelancaran filem televisyen berjudul #TerobekRaya pada Rabu. 

Ia adalah projek terbitan syarikat milik pasangan suami-isteri itu yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Sherry Alhadad, Marsha, Beto Kusyairi, Ani Maiyuni, Zizan Nin, Kazar termasuk Johan dan Ozlynn sendiri. 

Inilah tulang belakang #TerobekRaya.

#TerobekRaya bakal menemui penonton di saluran Astro First Eksklusif (480) bermula Khamis. 

Dalam pada itu, Ozlynn berkata, Johan seorang yang gemar menghabiskan masa di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan dan jarang bersosial. 

Suaminya itu juga lebih gemar menghabiskan masa bermain permainan video selain melayan keletah anak-anak di rumah. 

"Salah satu sebab saya kata tiada wanita berani mendekatinya kerana sikapnya sendiri memang gemar duduk di rumah. 

"Kalau dia keluar pun, dia pergi bermain futsal dengan rakan-rakan dan itu pun dia akan tinggalkan telefon di rumah," ujarnya. 

Sementara itu, Johan pula memberitahu dia juga tidak berminat untuk buat 'hal' kerana sejak berkahwin keutamaannya ialah keluarga.

"Saya bekerja untuk isteri dan anak-anak dan tiada masa hendak fikir perkara lain.

Johan 

"Jika saya keluar tanpa isteri saya sentiasa ingatkan diri yang saya turut membawa maruahnya bersama," katanya. 

Bercakap mengenai #TerobekRaya, ia dihasilkan tanpa menggunakan skrip dan setiap pelakon perlu tampil dengan idea tersendiri ketika berada di set penggambaran. 

Jelas Johan, dia ingin tampil dengan sesuatu yang berbeza dan percubaan pertama itu dianggap berjaya. 

"Drama ini ada jalan cerita tetapi tiada skrip dan saya bertuah semua pelakon terlibat sangat berbakat besar dan berkebolehan dalam tampil dengan skrip dan improvasi sendiri. 

"Semua babak juga hanya dilakukan sekali sahaja dan apa dipaparkan adalah asli dan bukannya dibuat-buat. 

"Tetapi itulah keunikannya dan berharap penonton akan menyukainya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ozlyn Wati , Johan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan