Sharnaaz Ahmad 'Disembur' Peminat

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 5:50 AM

Pandangan Sharnaaz mendapat perhatian pengikutnya di Twitter.

(Ubah saiz teks)

PANDANGAN yang diutarakan pelakon Sharnaaz Ahmad berhubung lambakan golongan lelaki menghasilkan video tutorial solekan di laman sosial nampaknya mengundang kemarahan pengikutnya di Twitter.

Kenyataan Sharnaaz yang meminta golongan itu menjadi anak 'jantan' selain mencadangkan agar mereka tampil dengan video bermain judi berbanding tutorial solekan mendapat bantahan.

Sharnaaz Ahmad.

"Aku buka Facebook, Instagram penuh dengan jantan buat tutorial solekan... ni mak ampa, cubalah jadi jantan h***t... paling kurang pun, live main judi ka!," tulisnya.

Ramai beranggapan Sharnaaz tidak sepatutnya membuat perbandingan judi bagi menegur kelompok itu walaupun ia mungkin sekadar gurauan.

Meskipun ada bersetuju dengan pandangan itu namun ramai meminta Sharnaaz berhati-hati dalam menyuarakan pendapat selain menyifatkan contoh bermain judi sebagai tidak masuk akal.

"Setuju... tapi bab judi itu tukarlah kepada tadarus ke berkebun ke atau gembala kambing.

"Judi itu sendiri menunjukkan betapa seorang manusia boleh menjadi sampah! Saya tidak boleh hadam dengan kenyataan anda.

"Benda itu (tutorial solekan) bukan menjatuhkan maruah diri... sepuluh kali lagi baik daripada judi," antara kritikan yang ditulis pengikutnya di Twitter.

Rata-rata berpendapat seorang lelaki yang menghasilkan video tutorial solekan tidak bererti mereka ingin menjadi wantia sebaliknya hanya berkongsi ilmu.

Tags / Kata Kunci: Sharnaaz Ahmad

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan