Azhan Rani Diminta Berhenti Berlakon

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 5:35 AM

Azhan Rani.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Azhan Rani memberitahu ada beberapa rakan dalam industri seangkatannya pernah meminta dia untuk berhenti berlakon. 

Azhan, 41, berkata mereka mahu dia bekerja di belakang tabir dan beri peluang kepada pelakon-pelakon lain.

Bagaimanapun, menurut Azhan,  jiwanya masih dalam bidang lakonan dan tidak mahu berhenti begitu sahaja. 

"Pernah satu masa, saya diminta oleh beberapa orang nama besar yang seangkatan dengan saya untuk berhenti berlakon. 

"Mereka mahu saya beri peluang kepada muka-muka baru dan bekerja di belakang tabir seperti jadi pengarah atau penulis. 

"Tapi saya cakap jiwa saya adalah berlakon. Tak pernah ada titik bosan. Saya sayang lakonan," kata Azhan kepada mStar Online

Azhan sentiasa memberikan yang terbaik pada setiap watak yang dibawanya. Foto Instagram: @azhanrani. 

Selain aktif berlakon untuk drama dan filem lebih 10 tahun, Azhan turut dikenali di pentas teater dan merupakan seorang pelakon drama radio.

Malah sehingga kini pelakon serba boleh ini telah berlakon hampir 100 buah drama radio, antaranya seperti Tuah Si Pandir, Kesetiaan Seorang Pahlawan, Istiqamah Sebuah Cinta, Nilam Satria dan lain-lain.

Penglibatan pertamanya dalam drama radio bermula pada 2004, di mana ketika itu hasratnya sekadar mahu mencuba dan dalam masa yang sama ingin mengetahui bagaimana drama radio dilakukan.

Dalam pada itu, pelakon Pesan Dari Tuhan ini masih mengharapkan watak yang lebih mencabar.

"Kadang-kadang saya mengharapkan sesuatu watak yang ada cabaran baru. 

"Namun, saya tahu setiap karekter yang dibawa perlu dianggap sebagai cabaran," ujarnya. 

Azhan kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Dekatkan Jarak Kita yang akan ditayangkan pada bulan November depan. 

Tags / Kata Kunci: Azhan Rani

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan