Tiada Hubungan Kelamin Dengan Joy Revfa - Hafiz Hamidun

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 4:49 PM

Hafiz Hamidun.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Hafiz Hamidun memberitahu dia tidak pernah mengadakan hubungan kelamin dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa selepas mereka bernikah pada 1 Mei lalu.

Hafiz, 33, berkata, dia bertindak demikian berikutan meragui status wanita berkenaan yang tidak menyerahkan sijil perceraian sehingga tarikh mereka diijab kabul.

"Kami tidak pernah mengadakan hubungan kelamin, saya tidak sentuh dia kerana sejak hari pertama kami berkahwin sudah ada keraguan.

"Sejak bernikah kami tinggal berasingan kerana saya sentiasa berfikir tentang masalah dikemudian hari," ujarnya kepada mStar Online.

Surat Cerai Dedah Joy Revfa Isteri Orang Masa Kahwin Hafiz

Hafiz berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Artieffect, Damasara Perdana, di sini, pada Selasa.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini tampil bagi membuat penjelasan berkaitan kemelut rumah tangga dengan Joy Revfa.

Joy dalam kenyataannya menerusi rakaman video siaran mStar pada Selasa berkata mereka sudah 'bersama' dan berbulan madu namun Hafiz tidak mempedulikannya selepas itu.

Hafiz membuat kenyataan ringkas pada hari ini (Selasa).

Sementara itu, bercerita tentang kronologi perkahwinan tersebut, Hafiz berkata, keraguannya timbul selepas Joy gagal memberi surat cerai yang dijanjikan selepas mereka berkahwin.

Katanya, dia berkali-kali meminta wanita tersebut menguruskan perkara berkenaan dengan bekas suaminya sebelum hari pernikahan berlangsung.

"Dia mengatakan kepada saya bahawa dia telah bercerai melalui pesanan mesej aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh bekas suaminya iaitu Mohd. Rayos bin Abdul Rahim.

"Berkali-kali dia katakan pada saya dokumentasi cerai masih tiada dan mendakwa bekas suaminya tidak mahu selesaikan urusan perceraian.

"Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan daripada pihak dia bahawa penceraiannya dengan suami sebelum ini telah berlaku.

"Akhirnya pernikahan di antara saya dan Joy dilangsungkan dengan aku janji untuk memberikan surat perakuan cerai perkahwinan terdahulu selepas majlis akad nikah," ujarnya.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy Revfa Mohon Perkahwinan Dengan Hafiz Hamidun Bubar

Hafiz Hamidun Akan Buktikan Kenapa Perkahwinan Tak Sah

Hafiz berkata, dalam hal ini dia sudah sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan itu termasuk menemani Joy ke Songkhla bagi mendapatkan sijil perceraian daripada suami pertama.

"Pada 1 Jun 2017, saya dan Joy telah ke Songkhla bagi menguruskan Cerai Taklik di antara dia dan bekas suami di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

"Saya bersungguh untuk selamatkan perkahwinan ini. Tapi saya tidak jumpa jalan mudah dan perkara itu kerap diganggu oleh pelbagai janji yang tidak dilaksanakan pihak sana," ujarnya. 

Dalam pada itu, ditanya tentang perasaannya terhadap ahli perniagaan tersebut, Hafiz berkata, dia sudah tawar hati dengan apa yang telah berlaku.

"Apa yang terjadi ini tidak membenarkan perasaan sayang saya terhadap dia. Kalau nak cakap tentang perasaan saya rasa sudah lakukan yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga ini.

"Kita ikut sahaja keputusan mahkamah pada 14 September nanti," ujarnya.

Terdahulu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz.

Permohonan itu dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Tags / Kata Kunci: Hafiz Hamidun , Joy Revfa

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan