Sejauh Manakah Hubungan Amira Othman & Ippo Hafiz?

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 6:10 AM

Amira Othman memberitahu dia masih belum mempunyai teman lelaki.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Amira Othman terkejut dengan gosip yang mengatakan dia sedang berkawan rapat dengan penyanyi dan komposer Ippo Hafiz. 

Amira atau nama sebenar Nadia Amira Othman, 24, berkata dia tidak pernah berhubung secara rapat dengan penyanyi tersebut dan hanya bertemu di acara atau majlis hiburan sahaja. 

"Saya terkejut apabila dapat tahu tentang gosip saya dan Ippo. Kelakar pun ada juga. Yela, saya dan dia tidak pernah berhubung secara peribadi. 

"Kalau jumpa dia pun di acara atau majlis hiburan yang sama-sama hadir. Jadi, dari mana datangnya kami berkawan rapat? 

"Saya nak tegaskan yang gosip tersebut semuanya tidak betul," kata Amira ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. 

Ippo Hafiz. 

Khabar angin yang mengatakan Amira sedang berkawan rapat dengan penyanyi lagu Kekal Bahagia itu ditulis menerusi ruang gosip di akhbar tempatan pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Amira juga berharap selepas ini tidak ada mana-mana pihak yang mengaitkan dia dengan mana-mana selebriti lelaki. 

Menurut penyanyi lagu Hati-Hati ini, dia perlu menjaga hati banyak pihak dan tidak mahu orang memandang serong dengannya yang berimej wanita bertudung. 

"Janganlah gosipkan saya dengan sesiapa lagi selepas ini. Saya perlu jaga hati banyak pihak termasuklah keluarga. 

"Takut nanti orang salah faham dengan saya yang membawa imej wanita bertudung tapi kerap ada gosip cinta," ujarnya. 

Foto yang dimuat naik Amira di laman Instagramnya menimbulkan gosip cinta antara mereka. Foto Instagram @amiraaothman

Terdahulu Amira dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi Khai Bahar namun menerusi laporan mStar Online 8 Jun lalu, dia hanya menganggap Khai sebagai adik.

Dalam perkembangan lain, Amira bakal memasuki studio untuk merakam lagu baru ciptaan penyanyi Hael Husaini tidak lama lagi. 

"Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan masuk studio untuk rakam lagu baru. Lagu tersebut hasil ciptaan penuh Hael Husaini. 

"Tajuk belum ada lagi sebab masih menunggu komposer Edry Abd Halim yang masih bercuti di London. 

"Edry yang akan terbitkan lagu tersebut, sebab itu kena tunggu dia balik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Amira Othman , Ippo Hafiz , Khai Bahar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan