One Dipandang Serong Buka Spa Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 19 Ogos 2017 6:01 AM

One Forteen cuba nasib sertai Academy Asia.

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Forteen iaitu One memberitahu dia terpaksa mengenepikan tanggapan negatif segelintir masyarakat terhadap perniagaan yang baharu dibukannya iaitu spa khusus untuk lelaki.

One atau nama sebenar Muhammad Ridzuan Sharifuddin, 28, berkata, perniagaan yang diberi nama Musclemen Spa itu diusahakan untuk memenuhi pasaran yang masih kurang diberi perhatian.

"Insya-Allah spa lelaki saya akan dilancarkakn secara rasmi pada 27 Ogos ini, ia terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Lebih kurang setahun juga saya memikirkan tentang bisnes ini kerana saya berhadapan dengan cabaran utama iaitu mulut-mulut orang yang berfikiran negatif.

"Saya hanya pekakkan telinga kerana sebagai seorang artis tidak mungkin saya ingin melakukan perkara yang tidak baik dan boleh menjejaskan nama saya," ujarnya kepada mStar Online.

One Forteen.

One ditemui pada uji bakat dan sidang media Academy Asia baru-baru ini.

Dalam pada itu, Wan berkata, dia menceburi bidang bisnes kecantikan dan kesihatan itu sebagai sumber pendapatan sampingan untuk masa depan.

"Kalau kita lihat bisnes ini tak ramai yang buat, kebanyakkan spa hanya untuk perempuan sahaja sedangkan ramai lelaki sekarang yang mementingkan kecantikan.

"Alhamdulillah walaupun belum dibuka, ramai yang sudah telefon untuk buat tempahan dan cuba perkhidmatan spa kami," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang Academy Asia, Wan berkata, ia merupakan percubaan keduanya untuk menyertai pertandingan di Indonesia itu.

Katanya, dia sudah membuat persiapan rapi untuk menyanyi lagu-lagu berentak dangdut dan asli.

"Ini kali kedua saya mencuba nasib menyertai pertandingan itu, bukan senang untuk dipilih sebagai enam terbaik mewakili Malaysia walaupun saya seorang penyanyi.

"Saya harap kali ini ada peluang saya menunjukkan bakat di negara seberang itu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: One Forteen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan