Siti Nordiana Kekok Di Sisi Fikry Ibrahim

Diterbitkan: Sabtu, 19 Ogos 2017 6:00 AM

Siti Nordiana.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Siti Nordiana atau Nana mengakui pada mulanya dia kekok digandingkan dengan pelakon baharu Fikry Ibrahim dalam telefilem Cakelat Semanis Honey.

Biarpun mereka pernah bekerjasama sebagai pengacara namun ini adalah kali pertama mereka berlakon menjadi pasangan kekasih. 

"Pada mulanya memang kekok sebab saya dan Fikry macam kakak dan adik tapi bila di set penggambaran kami kena guna gelaran saya, awak. 

"Dalam telemovie ini kami melakonkan watak sebagai pasangan kekasih. Apabila ada babak yang perlu jadi romantik, macam nak muntah pun ada.

"Tapi lama-lama dah terbiasa, hilang rasa kekok tu," kata Nana kepada mStar Online.  

Nana dan Fikry mula menjadi rapat sejak menjadi pengacara bersama program realiti. Foto Instagram @fikryibrahim. 

Tambah Nana lagi, dia dan pelakon berusia 23 tahun itu sudah berkawan rapat semenjak menjadi pengacara bersama program Gema Gegar Vangaza. 

Namun hubungan itu hanyalah atas dasar kerja sahaja dan tidak ada wujud cinta lokasi antara mereka. 

"Kami memang rapat tapi sekadar kawan atas dasar kerja. Bukan dengan dia saja, malah saya juga rapat dengan pengurusnya. 

"Tak mungkin wujud cinta lokasi sebab kalau ada dari awal masa kami jadi pengacara lagi dah wujud," ujarnya. 

Telefilem tersebut akan ditayangkan pada 2 September depan di Astro Citra Eksklusif. 

Dalam perkembangan nyanyian pula, Nana kini sibuk mempromosikan lagu terbarunya iaitu Terus Mencintaimu. 

Menurut juara Gegar Vangaza musim kedua ini, lagu tersebut hasil ciptaan dia sepenuhnya yang sudah disimpan sejak beberapa tahun lalu.

"Buat masa ini saya masih lagi mempromosikan lagu terbaru. Sebenarnya lagu tersebut saya cipta beberapa tahun yang lalu. 

"Tapi baru sekarang berpeluang untuk rakamkan. Ada banyak lagi lagu yang saya buat dan Insya-Allah akan keluar tahun hadapan," kata Nana. 

Tags / Kata Kunci: Siti Nordiana , Fikry Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan