Memang Tak Akan 'Move On'

Diterbitkan: Sabtu, 19 Ogos 2017 3:55 PM

Fattah menghadiahkan sejambak bunga ros kepada Fazura. Foto Ihsan Instagram @thefa_team, @ohcindalala & @fairus_sari.

(Ubah saiz teks)

TERTUNDUK malu aktres terkenal, Fazura ketika ditanya mengenai perasaan menerima sejambak bunga ros daripada pelakon Fattah Amin pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Mana tidaknya, acara yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur itu turut disaksikan oleh ribuan penonton yang memenuhi ruang pusat beli-belah terkemuka itu.

Bergema Pavilion dengan sorakan peminat saat Fattah menaiki pentas dan menghadiahkan Fazura dengan sejambak bunga.

Rata-rata juga menyifatkan tindakan Fattah itu sebagai romantik sehingga berjaya membuatkan ramai terusik seolah-olah sedang menonton babak dalam drama!

Fazura pula ketika ditemui petugas media memberitahu dia sendiri terkejut apabila Fattah tiba-tiba tampil menghadiahkannya bunga sejurus dia selesai memperkenalkan koleksi terbaharunya dibawah jenama House of Doll by Fazura.

Secara berjenaka, Fazura memberitahu sukar untuk mereka untuk 'move on' selepas sama-sama terlibat dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang menjadi fenomena dalam kalangan penonton sebelum ini.

"Saya terkejut sebenarnya, masih dalam karakter dan susah sikit hendak 'move on'. Memang tak akan 'move on'," katanya.

Sementara itu, rakaman video Fazura mendapat bunga mula tersebar luas di media sosial dan mendoakan agar pasangan itu benar-benar menjalinkan hubungan cinta.

Malah ramai merasakan Fazura seorang wanita bertuah kerana Fattah dilihat sebagai lelaki budiman dan romantik.

"Tak perlu 'move on' la Fazura. Kami hari-hari tidak boleh 'move on', asyik tunggu semut mari hinggap.

"Pasangan paling secocok dan harap-harap Fazura dan Fattah akan bertemu jodoh.

💙💙💙💙💙💙 Credit @ohcindalala Im in loveeeeee! 😍

A post shared by FattahAminTeam (@thefa_team) on

"Sweet sangat mereka. Fattah pun sangat 'gentlemen'," tulis beberapa peminat di Instagram.

Malah Fattah yang dilihat meminta kebenaran ibu Fazura sebelum menaiki pentas bagi menghadiahkan bunga tersebut turut dipuji netizan yang menyifatkan dia pandai menghormati orang tua dan calon menantu paling sesuai.

"Beruntung kalau Fazura dapat memiliki Fattah, dia adalah lelaki yang sebenar.

"Hormat untuk anda! Susah hendak cari lelaki yang gentlemen macam ni. Doakan yang baik-baik," tulis seorang peminat.

"Bahagian yang paling menarik pada malam itu, Fattah minta restu ibu mertua... so sweet," tulis pula @einaznl.

Tags / Kata Kunci: Fazura , Fattah Amin , KLFW , House of Doll

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan