“Pernah Ke Saya Terasa?” Fattah Komen Teguran Que Haidar

Diterbitkan: Jumaat, 18 Ogos 2017 7:24 AM

Fattah Amin pernah dipanggil pelakon 'kayu' sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

“PERNAH ke saya terasa?” Itu kata Fattah Amin apabila ditanya mengenai kenyataan pelakon Que Haidar yang menegur artis baharu sekarang seperti 'kayu'.

Fattah atau nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 27, berkata kenyataan tersebut dikeluarkan secara umum dan baginya, semua orang berhak untuk memberi pendapat.

"Bagi saya, tak kira orang biasa, selebriti atau peminat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Lagipun, dalam kenyataan selebriti tersebut tidak ada menyebut nama sesiapa. Jadi, perkara itu dikatakannya secara umum.

"Sama juga dengan peminat yang kadang-kadang apa yang dikatakan atau komen itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu," ujar Fattah kepada mStar Online.

Tegur Pelakon 'Kayu', Bukan Kerana Cemburu - Que Haidar

Que sebelum ini dalam laman sosialnya menegur pelakon baharu yang tiada inisiatif meningkatkan kemahiran mutu lakonan dan masih lagi 'kayu'.

Fattah Amin.

Teguran itu membuatkan  segelintir pihak membuat andaian ia berkemungkinan ditujukan kepada Fattah memandangkan sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai pelakon 'kayu'.

Dalam perkembangan lain Fattah sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaru bertajuk Coffee Prince bersama pelakon Janna Nick.

Menurut Fattah, dia tidak ada masalah untuk mencari keserasian dengan Janna kerana mereka sudah berkawan lama.

"Saya dan Janna memang sudah berkawan sebelum bermula penggambaran dan pernah bekerjasama dengan klien produk yang sama.

"Tapi untuk lakonan, ini kali pertama kami berganding dan Alhamdulillah tidak ada masalah untuk cari keserasian.

"Malah, kami bawa hubungan persahabatan ini dalam drama supaya lebih senang untuk menjiwai watak," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fattah Amin , Que Haidar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan