Suami Adira Mengaku 'Kantoi' Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 18 Ogos 2017 6:58 AM

Datuk Red bersama isteri keduanya, Adira Suhaimi.

(Ubah saiz teks)

SUAMI kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu mengesahkan kebenaran khabar angin bahawa dia kini sedang rapat dengan seorang pelakon wanita bernama N.

Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 39, berkata, hubungan tersebut terjalin sejak beberapa bulan lalu, bagaimanapun kini sudah berakhir selepas perkara itu diketahui Adira.

"Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia.


Datuk Red turut mempunyai seorang isteri yang dikenali sebagai Datin Red dan tiga cahaya mata.

"Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagi tahu Adira. Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti," ujarnya kepada mStar Online.

Adnan diminta mengulas tentang khabar angin bahawa dia mempunyai hubungan dengan seorang pelakon drama berasal dari Sabah.

Usahawan hartanah itu berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac lepas.


Bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah atau Datin Red mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Sebelum itu Adnan pernah terkantoi apabila tersebarnya video dia memeluk pelakon Ruhainies ketika menaiki eskalator sebuah pusat beli belah.

Dalam pada itu ditanya lebih lanjut mengenai hubungannya dengan artis berkenaan, Adnan berkata, dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga atau mengambil wanita berkenaan sebagai isteri sebaliknya sekadar berkawan sahaja.

Tags / Kata Kunci: Datuk Red , Adira Suhaimi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan