Orang Lain Kendalikan Laman Sosial Syafiq Kyle

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 3:40 PM

Syafiq Kyle.

(Ubah saiz teks)

MEMPUNYAI pengikut di Instagram lebih 700,000 orang, rupa-rupanya laman sosial pelakon Syafiq Kyle itu dikendalikan oleh orang lain. 

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak aktif untuk mengemaskini setiap status seperti yang dilakukan kebanyakan selebriti.

"Saya percaya zaman sekarang kebanyakkan stesen  TV nak ambil pelakon mereka tengok berapa ramai pengikut artis tersebut di laman sosial.

"Terus terang saya memang tak reti dan tak aktif menggunakan media sosial. Sebab itu saya upah orang kendalikan laman sosial saya dan beri tunjuk ajar dan beritahu apa yang patut saya buat.

"Malah mereka siap ada perancangan untuk media sosial saya. Tidaklah setiap hari saya kena muat naik foto tapi mungkin dua atau tiga hari sekali," kata Syafiq kepada mStar Online.

Menurut Syafiq sebelum akaunnya digodam empat bulan lalu, dia hanya mempunyai 500,000 pengikut.

Gandingan bersama Hanna Delisha menerusi drama Mencintaimu Mr. Photographer membantu menaikkan nama Syafiq. 

Namun semenjak drama lakonannya Mencintaimu Mr. Photographer ditayangkan pada bulan lalu, pengikutnya telah meningkat sehingga 750,000.

"Empat bulan lalu saya ada 500,00 pengikut sebelum digodam. Selepas itu saya buka akaun baru dan dalam beberapa minggu jumlah pengikut meningkat sebanyak 750,00. 

"Peningkatan tersebut berlaku ketika drama lakonan saya ditayangkan pada bulan lalu," ujarnya. 

Dalam pada itu, Syafiq kini mengikuti kelas lakonan yang dianjurkan pelakon Ellie Suriati untuk persiapan projek yang masih menjadi rahsia.

"Sekarang ini saya sedang membuat persiapan untuk projek terbaru yang masih belum boleh diberitahu dengan memasuki kelas lakonan Ellie Suriati.

"Insya-Allah tiba masanya saya akan kongsi apa projek tersebut. Yang pasti, ia akan bermula pada bulan hadapan," ujarnya.

Selain itu, Syafiq sedang menjalani penggambaran drama Dekatkan Jarak Kita yang akan ditayangkan pada 8 November depan di TV3.

Tags / Kata Kunci: Syafiq Kyle

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan