Syafiq Ahmad Boleh Berlakon Tapi...!

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 6:42 AM

Muhammad Syafiq Ahmad, penyerang bola sepak kebangsaan berusia 22 tahun. FOTO: Instagram miliknya.

(Ubah saiz teks)

LUAHAN hati penyerang prolifik kebangsaan dan Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad yang ingin menjadi pelakon mendapat respons positif daripada pengarah dan penerbit drama kontroversi Shuhaimi Lua Abdullah. 

Pemilik Tanah Beris Filem Productions ini berkata, apa yang perlu dilakukan oleh Muhammad Syafiq ialah menjalani uji bakat untuk melihat sama ada dia memiliki aura atau tidak sebagai bintang filem. 

“Nak berlakon? Macam biasalah… datang jumpa saya untuk lihat aura dia. Biasanya saya akan suruh buat uji bakat terlebih dahulu dan daripada situ barulah saya tahu sama ada dia berkemampuan atau tidak menjadi pelakon,” katanya kepada mStar Online.

Aksi Muhammad Syafiq Ahmad di padang.

Shuhaimi diminta komen mengenai hasrat anak kelahiran Pulau Pinang ini yang menyimpan perasaan untuk menjadi seorang pelakon. 

Pemuda berusia 22 tahun ini berkata, dia bersedia menjadikan bidang baru itu sebagai kerjaya sambilannya.

Dalam pada itu Shuhaimi berkata, berdasarkan penampilan pemain bola sepak itu, dia mempunyai pekej menarik dan popularitinya dalam bidang sukan menjadi nilai tambah untuk diambil berlakon.

Shuhaimi Lua di lokasi penggambaran.

Katanya, jika dia gagal dalam uji bakat, itu bukan bermakna Muhammad Syafiq tidak boleh berlakon sebaliknya dia perlu mendalami ilmu lakonan terlebih dahulu daripada pelakon-pelakon hebat antaranya Fauziah Nawi, Ogy Ahmad Daud, Ellie Suriati atau menyertai kursus lakonan anjuran Finas. 

“Kalau dia benar-benar serius nak berlakon, dia boleh buat temu janji dengan saya dan kalau ada watak tambahan, boleh saya usahakan sebagai pengenalan,” katanya. 

Shuhaimi ketika ini sibuk dengan penggambaran telefilem berjudul Fatonah Azali untuk siaran TV3. 

Ia menampilkan Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Zaibo, Sharifah Sakinah, Mustaqim Bahadon dan Shahronizam Noor.

Drama arahannya juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Skrin sebelum ini iaitu Pondok Itu Rumahku dan Rajuk masing-masing bagi kategori Drama Terbaik dan Komidi Terbaik.

Filem pendek terbitannya iaitu Chukang pernah menjadi kontroversi tidak lama dulu kerana mendedahkan kegiatan di rumah urut lelaki.

Tags / Kata Kunci: Syafiq Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan