Gosip Cinta Lokasi Kerana Peminat - Ayda Jebat

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 6:47 AM

Ayda Jebat turut terpalit cinta lokasi. FOTO: Zahidi Izzani

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ayda Jebat berkata, gosip cinta lokasi seseorang artis itu berpunca daripada tanggapan peminat. 

Selain dia, ramai lagi artis yang melalui pengalaman itu namun tidak semua menjadi perbualan. 

"Rasanya ada ramai artis yang dikaitkan dengan cinta lokasi tapi mungkin cerita mereka tak diambil kisah atau tak ada yang ambil tahu. 

"Saya pula memang suka memuat naik foto di laman sosial. Kebetulan apabila foto bergandingan dengan hero drama itu menarik, ia mesti menjadi bualan. 

"Mungkin daripada situ, peminat terus anggap saya bercinta dengan pelakon lelaki tersebut kerana ada banyak gambar berdua," kata Ayda kepada mStar Online. 

Ayda Jebat

Ayda ditemui ketika menjalani penggambaran drama Dekatkan Jarak Kita di Ampang pada Rabu. 

Selain Ayda, drama yang akan disiarkan pada 8 November depan di TV3 itu turut dibintangi antaranya Syafiq Kyle, Nadia Brian dan Wan Sharmila. 

Dalam pada itu Ayda, 25, berkata dia tidak mahu mengambil kisah apa yang orang hendak perkatakan tentang dirinya.  

Menurut Ayda lagi, kebanyakkan foto yang dikongsikannya itu disebabkan komitmen kerja sahaja.  

"Kadang-kadang apa yang saya kongsi di laman sosial atas dasar kerja sahaja tapi orang salah anggap.  

"Tapi saya tak kisah apa orang nak kata. Yang penting orang suka dengan drama lakonan saya. Lagipun gosip cinta lokasi akan beri kesan pada karier," ujarnya. 

Sebelum ini Ayda pernah dikaitkan dengan cinta lokasi bersama hero gandingannya, Zul Ariffin menerusi drama Rindu Awak 200%.  

Terbaharu, dia dikatakan sedang bercinta dengan pelakon Redza Rosli semenjak mereka digandingkan bersama dalam drama Ku Kirim Cinta. 

 

Tags / Kata Kunci: Ayda Jebat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan