“Mana Seksi? Bukannya Bogel!” – Zizi Kirana

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 6:53 AM

Zizi Kirana.

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA berpakaian seksi, nama penyanyi Zizi Kirana atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Zizi Fabulous Cat menjadi perhatian netizen yang kurang senang dengan penampilan tersebut. 

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil,32, berkata, cara berpakaiannya bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah tampil dengan imej tersebut sejak bergelar artis. 

"Mana ada seksi, saya masih berpakaian bukan bogel pun. Saya sudah berpakaian begini sudah lama cuma netizen sahaja baru perasan. 

"Selepas menyertai pertandingan nyanyian Acadamy Asia 2, ramai yang ikut saya di laman sosial, jadi bila mereka 'like' foto saya akan keluar di ruangan explore dan boleh dilihat oleh orang lain.

"Dari situ ramai netizen yang mula masuk dan kecam foto-foto saya yang lain," ujarnya kepada mStar Online pada Selasa. 


Zizi mengulas tentang foto-foto miliknya yang dianggap sebagai seksi dan menjadi kecaman netizen. 

Sementara itu, kata Zizi, dia tidak terlalu mengambil pusing tentang komen-komen negatif yang ditulis mereka itu.

Katanya, apa juga tomahan netizen terutama mengaitkan agama dengan penampilannya  adalah tidak wajar. Ia adalah urusan dia dengan pencipta.

"Ada yang tuduh saya seperti tiada agama dan menghukum saya tanpa mereka mengenali saya. 

"Pada saya tentang agama biarlah urusan saya dengan Allah. Mereka tidak perlu menjatuhkan hukum mengikut apa yang mereka nampak dengan apa yang saya tunjuk di Instagram sahaja," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zizi Kirana

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan