Siti Saerah Bakal Buat Kemunculan

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 3:18 PM

Saerah susut satu kilogram berat badan setelah hampir sebulan menyertai kelas zumba.

(Ubah saiz teks)

AGAK lama tidak mendengar khabar adik kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah. Terbaharu dia kini dilihat aktif menganjurkan kelas Zumba.

Saerah, 33, ketika dihubungi memberitahu, kelas yang dianjurkan sejak sebulan lalu antara lain bertujuan untuk dia menguruskan badan dalam usahanya membuat kemunculan semula dalam lapangan nyanyian.

"Apa yang mendorong saya untuk anjurkan kelas zumba ini pada awalnya hanya mahu turunkan berat badan dan tak sangka keseronokannya lebih daripada itu apabila ramai yang berminat untuk sertainya.

"Walaupun baru susut satu kilogram, saya anggap ia satu pencapaian besar kerana saya memang susah nak kurus," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, kelas yang diberi nama Life Style Zumba yang berlokasi di Muar, Johor itu sehingga kini disertai lebih 10 orang peserta dan diketuai oleh Zin Laily yang bertidak sebagai jurutari.

Antara peserta yang menyertai kelas zumba anjurannya.

Malah dia percaya jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa apatah lagi ia turut mendapat sokongan moral kakaknya, Siti Nurhaliza.

"Kitty (panggilan untuk Siti) sentiasa menyokong dari belakang malah pernah tolong mempromosi kelas zumba saya ni di laman Instagram beliau baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, dia hanya mengenakan bayaran sebanyak RM6 sahaja untuk peserta yang hadir secara walk-in.

Kelas diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu selama satu jam bermula 5.30 hingga 6.30 petang manakala pada hari Ahad ia diadakan pada sebelah malam bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam.


[ Type in your image caption here ]

Selesai sudah mlm ni... . . Jumpa Isnin hingga rabu 5.30-6.30 Ptg πŸ˜™πŸ˜™β€πŸ˜™πŸ˜™ #healthylifestyle #weightlostchallage #zumbalifestyle

A post shared by BISMILLAH.. (@city_4u) on

Sementara itu, Saerah berkata antara sebab kenapa dia membuka kelas tersebut di Muar kerana mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan selain kerap menerima undangan nyanyian di sekitar bandar itu sejak kebelakangan ini.

"Muar dah seperti rumah kedua saya dan ada beberapa urusan yang perlu saya selesaikan termasuklah menjayakan beberapa undangan show," katanya.

Berkongsi mengenai projek singlenya pula, Saerah berkata dia kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk masuk ke studio rakaman memandangkan material lagu semuanya sudah siap sepenuhnya.

"Lagu yang diberi judul Hanya Restu dicipta oleh komposer Sharon Paul dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya. Kalau tiada aral melintang, hujung tahun ini saya harap ia dapat dilancarkan," katanya.

Di satu sisi, dia tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi mengenai sambutan single terbarunya itu selain melihat ianya sebagai satu pertaruhan dan perjuangannya di dalam lapangan nyanyian yang tidak pernah padam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan