Penyanyi Meer Nash, Nombor 2 Hebat Dunia

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 12:35 PM

Sokongan keluarga dan rakan membuatkan Meer lebih kuat untuk terus bertanding.

(Ubah saiz teks)

BEKAS ahli kumpulan VOTEz, Meer Nash mengakui pernah berasa tertekan dan hampir berputus asa untuk meneruskan perjuangan dalam pertandingan kemahiran Bahasa Mandarin yang berlangsung pada 12 Ogos lalu di China. 

Meer atau nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nash­rul, 22, berkata keadaan tersebut membuatkan dia nekad mengemas barang-barangnya untuk pulang ke Malaysia kerana faktor tersebut.

"Biasalah, adat pertandingan mesti ada waktu yang kita akan rasa sangat tertekan dan nak putus asa. 

"Ini pula kali pertama saya pergi ke China seorang diri dan di sana saya tak ada tempat nak mengadu dan meluahkan perasaan. 

"Sehinggakan saya nekad mengemas barang untuk pulang ke Malaysia kerana terlalu rindukan keluarga," kata Meer ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Meer telah mengharumkan nama negara di China. 

Bagaimanapun, Meer kembali bersemangat selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan yang mempercayai bakatnya. 

"Nasib baik keluarga banyak memberi sokongan dan nasihat saya untuk menjadi kuat dari segi mental dan fizikal. 

"Ibu dan ayah pula sudah meletakkan harapan yang tinggi sebab itu saya tak nak  kecewakan mereka. Selain itu, rakan-rakan juga sentiasa bagi kata-kata semangat dan percaya dengan saya," ujarnya. 

Meer yang mewakili Malaysia dalam pertandingan itu telah membawa pulang trofi kemenangan bagi peringkat Asia dan tempat kedua peringkat Global, Anugerah Populariti Terbaik dan Anugerah Kepetahan Terbaik.

Kejayaan itu turut mendapat pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi status di Twitter miliknya.

Meer (dua daripada kiri) gembira dengan kejayaannya biarpun berjaya di tempat kedua. 

Pertandingan 16th Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students diadakan selama sebulan di Changsha, China. 

Seramai 145 pelajar lain dari 122 buah negara.  

Meer merupakan pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam yang merupakan wakil tunggal dari Malaysia ke pertandingan tersebut. 

Dalam pada itu, Meer memberitahu setelah dua tahun bersama kumpulan VOTEz, akhirnya dia mengambil keputusan untuk bergerak sendiri. 

"Saya ambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan VOTEz atas sebab-sebab tertentu. Insya-Allah kalau ada rezeki akan bergerak sebagai artis solo. 

"Namun, buat masa ini saya belum ada merancang apa-apa untuk perjalanan karier selepas ini," katanya yang dikenali dengan lagu Mana Dulu dalam kumpulan itu.

Tags / Kata Kunci: Meer Nash

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan