Beberapa Artis Cuba Nasib Academy Asia 3

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 6:52 AM

Antara peserta yang menjalani uji bakat Academy Asia 3.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 24 peserta bakal melalui uji bakat saringan kelayakan kedua bagi menyertai program realiti nyanyian Academy Asia musim ke 3 yang bakal berlangsung di Indonesia pada Oktober depan.

Pengurus Besar Indosiar, Ekin Gabriel berkata, hanya enam peserta yang mempunyai suara terbaik bakal dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan berkenaan.

"Pada awalnya pihak kami menerima sebanyak 70 penyertaan dan memilih 30 peserta pada peringkat saringan ini. Namun hari ini hanya 24 peserta sahaja yang datang uji bakat.

"Kami mengutamakan mutu suara yang baik dan unik untuk menyanyikan lagu-lagu dangdut. Suara perlu berbeza agar dapat memberi persaingan yang sengit kepada peserta lain," ujarnya.

Ekin ditemui bersama wakil dari Malaysia iaitu komposer Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan Zul 2 by 2 yang bertindak sebagai juri pada uji bakat yang berlangsung di pejabat Pak Ngah Productions, di Setapak, pada Selasa.

Dari kiri; Zul 2 By 2, Pak Ngah, bersama wakil Indosiar Ekin dan Linda Wibisono.

Pertandingan nyanyian tersebut bakal menyaksikan seramai 36 peserta dari enam buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Timor Laste.

Menurut Suhaimi, enam peserta yang layak akan diberi latihan selama sebulan bagi menyiapkan diri sebelum ke pentas pertandingan.

Program tersebut bakal berlangsung selama kira-kira tiga bulan sehingga peringkat akhir.

"Enam orang yang layak akan diberi latihan secukupnya untuk menyanyikan lagu-lagu dangdut dan Melayu asli sebelum mereka bertanding.

"Mereka juga perlu diberi semangat dan persediaan mental secukupnya agar tidak mudah putus asa kerana pertandingan di sana gak berbeza dengan program realiti di sini," ujarnya.

Sementara itu, beberapa artis terkenal turut kelihatan mencuba nasib pada saringan tersebut antaranya ahli kumpulan Forteen iaitu Wan, Akma (Akademi Fantasia 3), Mohd (Mentor) dan Sarah Fazny.

Sebelum ini penyanyi Shiha Zikir pernah menduduki tempat ketiga pada program Academy Asia musim pertama.

Tags / Kata Kunci: Acadeny Asia 3

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan