Isteri Fizo Omar Mula Berubah

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 6:00 AM

Fizo dan Mawar ketika menjalani penggambaran Into Jannah terbitan Astro Oasis di Brisbane Gateway Bridge.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan usahawan Fizo Omar memberitahu, dia meyedari isterinya mula berubah cita rasa makanan selepas usia kandungan sudah memasuki lebih empat bulan.

Fizo, 32, berkata, selain mula mengalami perubahan fizikal, isterinya juga kini gemar mendengar lagu-lagu berbahasa Arab.

"Setakat ini nak kata mengidam pelik-pelik tu tak ada, cuma Mawar suka dengar lagu-lagu arab dan makan roti canai bulat yang orang Melayu buat.

"Malah selama lebih seminggu kami di luar negara untuk penggambaran program Into Jannah terbitan Astro Oasis, hari-hari dia pesan kebab sebagai ganti roti canai. Harap-harap dapat anak macam Arablah nanti," katanya kepada mStar Online.

Selepas 4 Tahun Kahwin, Pakar Sahkan Mawar Hamil

Dalam pada itu, kata Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, perubahan fizikal Mawar pula kelihatan setelah usia kandungannya memasuki empat bulan setengah.

Malah, selera makan juga bertambah daripada biasa.

Fizo dan isterinya Mawar bercuti di Australia untuk penggambaran program Astro Oasis.

"Subhanallah, sekarang ni kalau dia makan kadarnya dua atau tiga kali ganda lebih banyak daripada kebiasaan.

"Jadi tidak hairanlah kalau fizikalnya sudah mula nampak sedikit dan baby bump pun sudah mula kelihatan," kata Fizo.

Selain itu, tambah pengusaha restoran Fizo Mawar Kitchen ini lagi, sehingga kini isterinya masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda alahan pagi dan muntah-muntah.

Selain itu, buat masa ini, dia belum dapat mengenal pasti jantina bayi berikutan masih terlalu awal.

"Baby malu-malu lagi kot. InsyaAllah kami akan buat pemeriksaan lagi sekali apabila kandungan memasuki usia lima bulan. Harap dah boleh nampak," katanya.

Pasangan ini baru sahaja pulang ke tanah air setelah lebih seminggu bercuti dan menjalani penggambaran program Into Jannah, terbitan Astro Oasis.

Antara lokasi yang dilawati pasangan ini ialah Tangalooma Island, Brisbane dan Gold Coast, Queensland.

Tags / Kata Kunci: Fizo Omar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan