“Jangan Kacau Periuk Nasi Saya” - Saleem

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 6:00 AM

Saleem akan ambil tindakan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Saleem menganggap tindakan sebuah syarikat rakaman bersama seorang penyanyi baharu yang menggunakan namanya telah menganggu periuk nasi dia sebagai seorang penyanyi yang masih aktif.

Saleem dalam temubual bersama program Melodi  pada Ahad berkata, syarikat rakaman tersebut mengambil kesempatan itu dengan tujuan mengaut untung tanpa memberikan faedah kepada dirinya.

"Mereka telah menganggu periuk nasi saya kerana saya masih lagi hidup. Cara dia (artis baru) menyanyi lagu dan mengikut cara saya bagi mencipta nama dalam industri.

"Saya tolong mereka bawa masuk budak ini dalam syarikat tapi nampaknya syarikat pula melebih-lebihkan budak ini dengan promosi di mana-mana kononnya boleh menyanyi seperti saya," ujarnya.

Saleem

Tambah Saleem, tindakan itu tidak adil kepada dia dan syarikat tersebut seharusnya menghulurkan sumbangan atau royalti kepadanya.

Selain itu, penyanyi Suci Dalam Debu ini berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak berkenaan tidak mempedulikan amarannya itu.

"Kalau mereka tidak dengar cakap dan masih guna nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan.

"Ini kata putus kami dan kita pernah berbincang tapi merek tidak ambil kisah dengan perkara ini," ujarnya.


Tags / Kata Kunci: Saleem

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan