Nota Anak Dalam Al-Quran Buat Norman Hakim Terharu

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 3:00 PM

Danish (kiri) sudah selesaikan khatam hafazan 30 juzuk pada Jumaat lalu,sehari awal dari tarikh yang ditetapkan. Foto Instagram: @normanhakim_786.

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN anak sulung pelakon Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, yang menulis nama ahli keluarganya di dalam Al-Quran telah menyentuh perasaan netizen.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 41, menerusi Instagram miliknya memberitahu beliau menjumpai nota itu di muka surat kosong naskhah kitab suci milik anak lelakinya itu.

"Semalam masa belek-belek Al-Quran abang @danishhakim_243 sebelum hantar dia balik asrama untuk check mana-mana bahagian ada yang koyak ke untuk dibaiki, jumpa nota ini dalam salah satu muka surat kosong Al-Quran dia. 

"Hati macam dah teragak untuk tujuan apa nama-nama ini, tapi sekadar tanya dia balik takut salah permahaman," tulis Norman pada Isnin.

Menurut Norman lagi, anak sulung berusia 14 tahun bersama bekas isteri, Abby Abadi ini menulis nota tersebut dengan tujuan berdoa kepada Allah untuk bersama keluarganya ke syurga.

"Abang... Senarai nama-nama ini semua untuk apa eh?" Dia Jawab kalaulah abang ada rezeki masuk syurga, abang buat nota ini untuk nak mintak pada Allah untuk kita semua masuk sekali.

"Katanya lagi, senarai nama ini dia cakap dia tulis tiga tahun lepas sebelum mama kahwin dengan abah @jaiezzany. Bila abah kahwin dengan mama, baru dimasukkan nama abah, arwah tok abah dan tok mah.

"MashaaAllah terima kasih abang @danishhakim_243 ingat pada kami semua. Semoga Allah S.W.T berkati niat abang tu. Aamiin YRA," katanya. 

Foto yang dimuat naik Norman mendapat perhatian pengikutnya di Instagram. 

Jawapan yang diberikan Danish telah menyentuh perasaan rata-rata pengikut akaun Norman dan memberitahu pelakon tersebut sangat beruntung mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah. 

Terdahulu, Danish dilaporkan antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta, dan dijangka bertolak ke negara itu tahun ini.

Selain Danish, Norman turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.

Bersama isterinya sekarang, Memey Suhaiza, Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4 dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2.

Tags / Kata Kunci: Norman Hakim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan