Gulshan Grover Lebih Suka Jadi Jahat

Diterbitkan: Sabtu, 12 Ogos 2017 12:33 AM

Gulshan Grover seronok dapat mengembangkan kerjayanya ke Malaysia. FOTO: KAMARUL ARIFFIN

(Ubah saiz teks)

PELAKON Bollywood, Gulshan Grover tidak pernah bosan membawa watak jahat kerana ia lebih mencabar berbanding lakonan sebagai seorang hero. 

Katanya, untuk watak sedemikian dia perlu memanfaatkannya dengan betul agar lakonan itu mampu memberi kesan mendalam kepada penonton disebabkan ia bukan satu watak utama. 

“Adegan jahat tidak terlalu besar jika dibandingkan hero. Oleh sebab itu, saya perlu manfaatkan setiap babak supaya tidak tenggelam dengan watak lain," kata Gulshan kepada mStar Online. 

Gulshan, 61, ditemui ketika majlis pelancaran trailer filem I'm Not A Terrorist di TGV One Utama di sini pada Jumaat. 

Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bagi melancarkan trailer filem tersebut.

Dari kiri; Chacha Maembong, Nazri Aziz, , Gulshan Grover dan Afiq Muiz. 

Dalam pada itu, Gulshan memberitahu dia menerima lamaran produser dari Malaysia iaitu White Merpati Entertainment Sdn Bhd, S Baldev untuk beraksi dalam filem I'm Not A Terrorist  kerana ingin merapatkan hubungan diplomatik antara negaranya dan Malaysia. 

"Saya menerima tawaran ini kerana mengeratkan lagi hubungan antara India dan Malaysia di mana ia sesuatu perkara yang sangat menarik. 

“Tambahan pula, selain di negara sendiri, saya juga pernah berlakon di Hollywood. Kali ni saya dapat menimba pengalaman berlakon dalam filem terbitan produksi dari Malaysia pula,” katanya. 

Filem yang menjalani penggambaran di Kashmir, India ini akan ditayangkan pada 5 Oktober depan yang turut menampilkan Chacha Maembong dan Afiq Muiz. 

Sepanjang pembabitan Gulshan dalam bidang lakonan, dia sudah beraksi dalam lebih 400 filem. 

Antara filem lakonannya  ialah Ganga Devi, I Am Kalam Bhati, Crook S.I. Joseph Pinto, Knock Out Bapuji,Andy, Love Story 2050 Dr Hoshi, Jumbo, Cape Karma, Dhokha dan Anthony Kaun Hai? 

Selain itu dia turut berlakon dalam, Taarzan: The Wonder Car, Ek Se Badkhar Ek (2003), Boom, Dudes in the 10th Century, Lajja, Air Panic dan 16 December. 

Tags / Kata Kunci: Gulshan Grover

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan