Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin Meninggal Dunia - Berita Hiburan | mStar

Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 2:16 PM

Allahyarham M.Y. Shamsudin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi tahun 60-an, M. Y. Shamsudin, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini pada kira-kira pukul 11 malam tadi akibat jangkitan paru-paru.

Menurut Fatimah Isa, 70, suaminya dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak lima bulan lepas berikutan mengalami sesak nafas.

Fatimah yang dihubungi Bernama hari ini berkata Allahyarham sebelum ini terlantar sakit akibat lumpuh selepas terjatuh 27 tahun lepas.

Katanya jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan lima cucu.

Fatimah juga adalah pasangan duet Allahyarham menghasilkan beberapa lagu popular pada era 60-an, antaranya Salah Sangka dan Dapat Kembali. BERNAMA

Tags / Kata Kunci: M.Y.Shamsudin
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan