Jefri Nichol Lalui Pengalaman Seram

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 7:10 AM

Nichol gembira filem seram lakonannya berjaya menarik perhatian penonton di Malaysia.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Indonesia, Jefri Nichol atau Nichol berkongsi pengalaman ketika menjalani penggambaran filem seram terbaru lakonnanya iaitu Jailangkung. 

Nichol, 18, berkata antara kejadian seram yang tidak dapat dilupakan ketika mereka berada di sebuah hospital yang baru dibina. 

"Antara Kejadian yang saya tak boleh lupa ketika kami sedang menjalani penggambaran di sebuah hospital yang baru siap dibina. 

"Ketika kami sedang bersiap, ada jururawat beritahu solekan watak hantu kanak-kanak dalam filem ini sea-akan budak kecil yang selalu mengganggu pekerja di hospital tersebut. 

"Semua yang mendengar terus rasa takut. Namun begitu, pada waktu itu juga babak bersama hantu kanak-kanak tersebut perlu diselesaikan dengan cepat," kata Nichol kepada mStar Online.  

Antara babak Amanda dan hantu kanak-kanak di dalam hospital. 

Selain itu juga, babak ketika Nichol dan pasangan gandingnya, Amanda Rawles ditinggalkan di tanah perkuburan Cina selama lapan jam juga antara yang menakutkan

Pasangan ini terpaksa menjalani penggambaran di lokasi tersebut berdua pada pukul 6 petang hingga 2 pagi dan babak tersebut hanya dirakam dengan menggunakan drone.  

"Saya dan Amanda ditinggalkan berdua sahaja di sana dan penggambaran dilakukan menggunakan ‘drone’ dari pukul 6 petang sehingga 2 pagi. 

"Perasaan itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sangat menyeramkan dan kami harus menjayakan babak tersebut dengan sempurna," ujarnya. 

Filem Jailangkung yang menjadi filem seram pertama lakonan Nichol telah menerima sambutan hangat di Indonesia dan sudah ditayangkan di Malaysia bermula Khamis.

Selain mereka berdua, filem yang dibawa oleh Astro Shaw ini turut dijayakan oleh Wulan Guritno, Hannah Al Rashid dan Lukman Sardi.

Tags / Kata Kunci: Jefri Nichol , Jailangkung

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan